Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Apa Kaitannya Surah Al Kahfi Dengan Fitnah Dajjal

Apa Kaitannya Surah Al Kahfi Dengan Fitnah Dajjal? SURAH AL KAHFI secara amnya adalah surah yang bercerita tentang gua. Apakah kisahnya gua dengan Dajjal hinggakan Jabatan Agama Islam Negeri Johor mengeluarkan pekeliling untuk masyarakat Negeri Johor membaca Surah Al-Kahfi pada setiap pagi Jumaat di masjid dan surau.

Apa rasionalnya? Baiklah. Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/ mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Ha, ini yang selalu disebut-sebut kan?

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar?

Pernah terfikir kenapa? Nanti kita baca sama-sama ya.

Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (bahasa Arab:Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang tidur dalam gua bertahun-tahun lamanya. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surat ini.- Sumber Wikipedia 

Apa Kaitannya Surah Al Kahfi Dengan Fitnah Dajjal 


Apa Kaitannya Surah Al Kahfi Dengan Fitnah Dajjal

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (ashabul kahfi)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa dan Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu perkara ni tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Betul tak?

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Jadi 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya  baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya bercerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat.

Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal, rezeki dan kelebihan datang dengan izin Allah, dan banyak mengingati mati/ akhirat.

Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak SOMBONGG untuk menuntut ilmu dari Khidir*

Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih tinggi lagi iaitu DAKWAH!

Kenapa?

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense!

Dengan berdakwah lah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Marilah kita mengajak manusia kepada amar makruf dan nahi mungkar. Nak jadi umat yg terbaik? Ini lah cara nya. Perkataan yang paling Allah suka iaitu ajak manusia kepadaNya.

Orait, beralih ke fitnah dajjal.

Fitnah Dajjal Ada 4


Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman:
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan orang mati dan nacam-macam lagi.

Fitnah Harta:
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikutnya.

Fitnah Ilmu:
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa:
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

Jadi lepas ni, bila baca surah al-Kahfi, janganlah baca macam tu je.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!

Maka marilah beristiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Ajak lah manusia kepada Allah.. ada di antara manusia yg kita kenal atau tak kenal, sayangi lah manusia-manusia itu yg tak kenal Allah. Paling tidak pun doa kan mereka agar mereka akan sembah Allah sebelum mereka mati.

Ingat, semua Nabi dan Rasul telah di hantar kepada manusia pada setiap zaman di seluruh dunia. Allah beri tugas kepada mereka adalah berdakwah. Dengan perantaraan dakwah, maka Allah bimbing manusia dengan Hidayah.

Hari ini, manusia pelbagai bangsa di seluruh dunia ini adalah umat Muhammad s.a.w. dan umat ini mewarisi kerja Nabi. Dan kerja itu adalah ajak manusia kepada Allah swt. Kerja Dakwah.

Semoga kita bersama-sama berdakwah walau hanya mampu menyampaikan sepotong ayat.

Wallahu'alam.

Semoga pengajaran yang dikongsikan dapat dimanfaatkan bersama. Dan diharap kita sama-sama dapat ilmu dan jelas mengapa kita digalakkan mengamalkan membaca surah al kahfi agar terhindar dari fitnah yang dibawa oleh Dajjal. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close