Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Untuk Anak Dan Suami Yang Suka Melepak Di Luar Hingga Larut Malam

Doa Untuk Anak Dan Suami Yang Suka Melepak Hingga Larut Malam. Ada amalan doa yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya tentang bagaimana caranya kita boleh mengubah tabiat anak-anak dan suami yang suka melepak di luar rumah hingga larut malam. Sampai pagi pun ada.. moga dijauhkan hendaknya.

Amalan doa untuk anak-anak serta pasangan kita yang suka melepak di luar rumah tanpa melakukan perkara berfaedah ini di harapkan dapat membantu kita menangani masalah sosial yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Doa Untuk Anak Dan Suami Yang Suka Melepak Di Luar Hingga Larut Malam


Ada 2 doa yang boleh diamalkan oleh para ibu atau isteri. Kedua-dua doa ini adalah dari ayat al Quran, bukan jampi serapah ya para ibu bapa..

Amalan doa 1;

Surah ali Imran ayat 200;

Dari ayat diatas Allah Ta’ala memerintahkan kepada manusia untuk menguatkan kesabaran dalam menjalankan ketaatan. Hal ini kerana ketaatan itu ada dua jenis:

1. Kesabaran dari perbuatan yang dengannya manusia merasa terbebani dan dipaksa, seperti berbagai macam perintah ibadah dan perintah untuk istiqomah menjalankannya.

2. Kesabaran dari perbuatan yang membebani jiwa kerana melakukan ketaatan, seperti meninggalkan kemaksiatan. Ini merupakan perbuatan yang sangat berat bagi jiwa yang condong kepada perbuatan tercela.

Selalu amalkan membaca doa ini selepas solat ataupun dibacakan pada minuman dan makanan dan hidangkan kepada mereka. Tambatlah anak-anak dan suami dengan doa ini. Tapi jika mereka keluar untuk menuntut ilmu.. tak mengapalah..

Bersabarlah dalam melaksanakan doa ini, bersabar tahap maksima dan bersiap sedia macam kita sedang menghadapi musuh yang degil dan keras.

Amalan doa 2:

Surah ar Rum ayat 31;


Cara mengamalkan doa ini..

Baca doa ini selepas solat sebanyak 33 kali. Mohon kepada Allah. Lebih baik dibaca pada air dan diberi minum pada anak atau suami yang suka lepak di kedai mamak sampai subuh. Ditakuti mereka balik lewat pagi dan terjebak dengan pelbagai maksiat. 

Insyaa Allah, dengan mengamalkan doa ini, keluarga kita terhindar dari melakukan dosa-dosa kecil atau besar yang diharamkan oleh Allah. Anak-anak dan suami atau isteri pun pulang awal ke rumah. Diharapkan ahli keluarga kita mengerjakan solat dengan sempurna dan betul. Menjadi hambaNya yang soleh dan solehah.

Semoga usaha kita yang sedikit ini dinilai oleh Allah SWT dan mengurniakan kita anak-anak, suami atau isteri yang soleh.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close