Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Harta Yang Haram Akan Diazab, Subhanallah!!

Carilah harta yang halal. Makanlah daripada sumber yang halal. Itu adalah tugas kita yang perlu kita laksanakan sebagai hamba di atas muka bumi ini. Bila dah ada harta, jangan kedekut. Gunakanlah harta yang anda dah cari itu.. kongsikan kepada orang yang memerlukan. Contohnya bersedekah, membantu ibu bapa kita dan sebagainya. Dulu saya juga tergolong dalam golongan yang mengumpulkan harta dan sentiasa menghitung-hitung, sentiasa cek amount dalam bank.

Sedangkan Allah kata, "CELAKALAH golongan yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung", (surah Al-Humazah ayat 2).

Setiap bulan rasa 'happy' sebab tengok duit dalam akaun makin bertambah, bertambah dan bertambah. Sikap itu sebenarnya tak bagus.

Kerapkali saya kata pada suami,

"Kalau apa-apa berlaku in future, sekurang-kurangnya saya dah ada simpanan untuk SURVIVE" (yakin pada 'kuasa' makhluk, yang hakikatnya tak ada kuasa pun).

Pemikiran dangkal saya ketika ini bertepatan dengan ayat 104:3, yang bermaksud;

"ia menyangka bahawa hartanya itu dapat MENGEKALKANNYA".

Saya fikir dengan adanya simpanan (harta) maka kehidupan dunia saya lebih TERJAMIN, sedangkan bukan harta yang menjamin kehidupan kita, tetapi ALLAH.

Harta Yang Haram Akan Diazab, Subhanallah!! 


Harta Yang Haram Akan Diazab, Subhanallah!!

Allah menguji hambaNya dari segenap penjuru. Harta pun adalah ujian.

Maka Allah kata lagi, kalla! "TIDAK SEKALI-KALI! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam Huthomah" (104:4)

Sekarang baru saya faham kenapa ada kumpulan manusia yang menginfakkan seluruh harta jiwa raga dan diri mereka untuk ugama, untuk bangunkan ummat.

Kerana harta yang halal pasti akan DIHISAB, harta yang haram akan DIAZAB.

Hatta yang halal sekalipun, apabila kita mengumpulnya untuk tujuan MEMENUHKAN DUNIA yang bersifat sementara, dan mengukuhkan keyakinan kita terhadap 'kemampuan' di dunia, besar kebarangkaliannya akan berakhir di neraka Huthomah.

Sedangkan ingin memikul beban dosa sedia ada bahkan kita tidak tertanggung, setiap hari masih berbuat dosa, dengan atau tanpa sengaja, apatah lagi ingin menambahkan BEBAN HARTA yang bakal dihisab.

Takut. Saya sangat takut dihisab di 'yaumiddin' nanti. Sedang dosa-dosa lain belum terhisab.

Sejak dari itu, simpanan di dalam akaun saya semakin berkurang, berkurang dan berkurang, sehinggalah kami dapat infaqkan diri kami juga untuk perjuangan ugama satu hari nanti (in shaa Allah).

Bila kita ada Allah, kita tak risau akan kekurangan, sebab Allah yang MENCUKUPKAN hambaNya, bukan wang ringgit yang mencukupkan kita (wang ringgit hanya ASBAB, ramai tertipu dan percaya dengan ASBAB).

Apatah lagi jika kita membantu ugama Allah (rujuk QS Muhammad ayat 7), YAKIN, Allah takkan persiakan hambaNya yang berkorban, jika kita tak yakin pada Allah, Tuhan sekalian alam, maka pada siapa lagi kita ingin yakin?

Seperti kata Ustaz Ebit Lew, "bila kita ada Allah, kita ada SEGALA-GALANYA".

Asbab itulah Baginda saw, Saidina Abu Bakar, Othman, Ali dan para sahabat yang lain menjadi fakir di dunia (jutawan di akhirat) dengan menyerahkan segala-galanya untuk ugama, hatta diri mereka sendiri.

Kerana ADA Allah sahaja sudah CUKUP buat mereka, kerana mereka TAHU syurga Allah sangat MAHAL nilainya, kerana Allah-lah JAMINAN mereka, bukan makhluk, harta kekayaan atau wang ringgit.

Cari harta tak salah, carilah sebanyak yang mungkin selagi ia tidak melalaikan dari mengingati Allah dan dari sumber yang halal. Kita dituntut berusaha mencari rezeki.

Tapi jika TAKUT dihisab di akhirat kelak, jangan lupa infaqkan untuk agama dan ummat yang memerlukan, jika tidak takut dihisab dan YAKIN LULUS ujian penghisaban nanti, boleh saja mengumpulkan harta dunia.

Tepuk dada tanya selera.

Jika kita kejar dunia, dunia akan DITINGGALKAN dan BINASA. Jika kita kejar akhirat, dunia akan mengekori kita, dan kehidupan akhirat kekal buat selama - lama - lamanya...

Sumber Fb : Ummu Izz

Semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada pembaca blog ini.

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close