Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Paceri Nenas Ibunda Yang Sedap

Paceri nenas antara masakan sampingan lauk pauk dalam masyarakat Johor. Paceri nenas biasa terdapat dalam menu masakan pengantin, ketika makan nasi beriyani dan boleh juga ditemui dalam menu makan tengahari. Mudah nak buat sebenarnya, dan bahan-bahan pun senang nak dapat.

Jom kita tengok resepi dan cara nak buat paceri nenas ibunda yang sedap.


Resepi Paceri Nenas Ibunda Yang Sedap


Bahan-bahan;

1 biji nenas - potong dan belah dua
1 cawan gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil biji sawi
Rempah 4 beradik - kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,
Garam dan gula

Bahan kisar:

9 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 cm halia

Cara-cara nak buat paceri nenas ibunda yang sedap



1. Masak bahan kisar di dalam periuk menggunakan api perlahan

2. Masukkan rempah 4 beradik tadi, nenas, gula, biji sawi dan serbuk kunyit

3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Kecilkan api, masak sehingga kuah pekat.

Haa.. paceri nenas anda siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas, nasi beriyani dan sebagainya.. memang sedap.

Selamat mencuba!!

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close