Belajar Tawadhuk Dengan Meletakkan Orang Lain Lebih Mulia Darimu. Kita bukan siapa-siapa. Kita hanya menumpang di bumi milik Allah. Apa yang kita ada, mana yang mengaku kita yang punya sebenarnya hanya hak Allah yang kita pinjam sementara. Esok lusa jika sesuatu benda, barang, atau orang yang kita sayang sekalipun hilang dari pegangan atau genggaman, itu lah tanda dan bukti apa yang kita miliki hanya sementara.
Dalam perkongsian di bawah, jom kita mencari jalan untuk jadi lebih istiqamah dan tunduk ke bumi daripada asyik menongkat langit. Percayalah.. keangkuhan dan kesombongan akan memusnahkanmu.. bila-bila masa Allah boleh rampaa semuanya! Subhanallah..
يقول الشافعي: « أرفع الناس قدرا : من لا يرى قدره ، وأكبر الناس فضلا : من لا يرى فضله »
Imam Asy Syafi’i berkata, “Orang yang paling tinggi kedudukannya adalah orang yang tidak pernah menampakkan kedudukannya. Dan orang yang paling mulia adalah orang yang tidak pernah menampakkan kemuliaannya.” (Syu’abul Iman, Al Baihaqi, 6: 304)
قال عبد الله بن المبارك: "رأسُ التواضعِ أن تضَع نفسَك عند من هو دونك في نعمةِ الله حتى تعلِمَه أن ليس لك بدنياك عليه فضل [أخرجه البيهقي في الشعب (6/298)].
‘Abdullah bin Al Mubarrak berkata, “Puncak dari tawadhu’ adalah engkau meletakkan dirimu di bawah orang yang lebih rendah darimu dalam nikmat Allah, sehingga engkau memberitahukannya bahawa engkau tidaklah semulia dirinya.” (Syu’abul Iman, Al Baihaqi, 6: 298)
“Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Qashash: 83)
Bahawa sesungguhnya janji Allah benar semuanya.
Marilah sama-sama kita belajar tawadhuk dengan menganggap orang lain lebih baik dan mulia daripada kita. Takutlah kamu akan kuasa dan iradat Allah yang melihat semua yang kita lakukan. Jangan sangka kita yang paling baik dan bagus hinggakan Allah berikan apa yang kita pinta.
Sebaliknya periksa diri, apa yang kita buat hingga Allah masih sayang kat kita. Tanda Allah sayang adalah Dia berikan ujian yang kadang kala kita tak disangka bahawa pemberian Allah pun ada hikmah yang tersembunyi.
Wallahua'lam..
Dalam perkongsian di bawah, jom kita mencari jalan untuk jadi lebih istiqamah dan tunduk ke bumi daripada asyik menongkat langit. Percayalah.. keangkuhan dan kesombongan akan memusnahkanmu.. bila-bila masa Allah boleh rampaa semuanya! Subhanallah..
Belajar Tawadhuk Dengan Meletakkan Orang Lain Lebih Mulia Darimu
Imam Asy Syafi’i berkata, “Orang yang paling tinggi kedudukannya adalah orang yang tidak pernah menampakkan kedudukannya. Dan orang yang paling mulia adalah orang yang tidak pernah menampakkan kemuliaannya.” (Syu’abul Iman, Al Baihaqi, 6: 304)
قال عبد الله بن المبارك: "رأسُ التواضعِ أن تضَع نفسَك عند من هو دونك في نعمةِ الله حتى تعلِمَه أن ليس لك بدنياك عليه فضل [أخرجه البيهقي في الشعب (6/298)].
‘Abdullah bin Al Mubarrak berkata, “Puncak dari tawadhu’ adalah engkau meletakkan dirimu di bawah orang yang lebih rendah darimu dalam nikmat Allah, sehingga engkau memberitahukannya bahawa engkau tidaklah semulia dirinya.” (Syu’abul Iman, Al Baihaqi, 6: 298)
“Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al-Qashash: 83)
Bahawa sesungguhnya janji Allah benar semuanya.
Marilah sama-sama kita belajar tawadhuk dengan menganggap orang lain lebih baik dan mulia daripada kita. Takutlah kamu akan kuasa dan iradat Allah yang melihat semua yang kita lakukan. Jangan sangka kita yang paling baik dan bagus hinggakan Allah berikan apa yang kita pinta.
Sebaliknya periksa diri, apa yang kita buat hingga Allah masih sayang kat kita. Tanda Allah sayang adalah Dia berikan ujian yang kadang kala kita tak disangka bahawa pemberian Allah pun ada hikmah yang tersembunyi.
Wallahua'lam..
1 Comments
Perkongsian yang baik. Indah sangat bila mana Kita ajar diri supaya merasakan orang lain jauh lebih mulia dari Kita. Kita akan selalu menghormati orang lain Dan tidak akan Ada pergaduhan
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.