Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tips Ketika Ingin Membaca Al Quran Yang Betul

Tips baca al Quran yang betul. Baca al Quran adalah salah satu ibadah sunat yang digalakkan bagi seluruh umat islam. Kalau tak sempat baca satu juzuk satu hari, cukup baca satu muka surat. Kalau tak mampu jugak, bacalah sebaris ayat. Itu pun dah bagus.. yang penting istiqamah iaitu berterusan.

Nak baca al Quran ada cara dan tips yang boleh diikuti. Contohnya ambil wuduk, duduk menghadap kiblat, berpakaian bersih dan tidak menjolok mata.


Tips Ketika Ingin Membaca Al Quran Yang Betul


Selalunya kita membaca Al-Qur'an tetapi sekadar baca tanpa berbicara dan berbisik2  dengan Al-Qur'an yang kita pegang itu.

Tak pernah kita rasa aliran roh Al-Qur'an dalam diri kita tambahan lagi dahlah tak faham maknanya.

Namun ada amalan yang boleh dicontohi. Ini antara amalan Al-Fadhil Ustaz Syed Khudri; Saat kita ingin membaca Al-Qur'an:

Ambil Al-Qur'an sambil senyum dan beri salam padanya...

1. JUNJUNG
(Letak atas kepala),
Niatkan supaya Allah beri kelancaran dan kefahaman kepada kita.

2. CIUM
Lintaskan dalam hati yang kita berterima kasih pada Rasulullah SAW kerana memberi kita nikmat mendapat satu2nya pusaka Baginda yang berharga ini.

3. PELUK
(Letak di dada dengan erat),
Berbicaralah dengannya untuk setia dan sudi menjadi teman, sahabat dan kekasihnya di dunia, Alam Barzakh dan Akhirat.

Rayulah agar Al-Qur'an ini sudi memberi pertolongan dan syafaat kepada kita.

Amalkan tips ini insya Allah.

Kita akan merasai nikmat ketenangan dan roh Al-Qur'an akan sentiasa mengalir dalam jiwa.

Wallahu a'lam...

Semoga perkongsian tentang tips yang boleh diamalkan ketika ingin membaca al Quran di atas memberikan manfaat kepada mereka yang membaca artikel ini. Amat bermanfaat ya..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close