Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Buah Cempedak Dan Khasiatnya Untuk Kesihatan

Buah Cempedak Dan Khasiatnya Untuk Kesihatan. Tadi pagi saya dapat makan seulas buah cempedak yang sangat tebal isinya, warna oren dan sangat manis rasanya. Hingga sampai ke tengahari masih terasa di tekak bila sendawa. Masih tersisa rasa manisnya sampai ke petang.

So, kawan saya yang berbangsa Cina pun suka makan cempedak macam tu je, tak payah goreng. Dia tanya, apa khasiatnya cempedak ni? Saya pulak tak tahu.. so, saya kata nanti saya cari di Google.. haha

Ada pula yang kata buah cempedak tak baik untuk kesihatan. Kerana, sorang lagi kawan saya yang makan cempedak beberapa hari lepas telah diserang demam dan selsema. Tekaknya terus kering dan batuk-batuk. 
Buah Cempedak Dan Khasiatnya Untuk Kesihatan

Jadi, adakah makan buah cempedak ni tak bagus untuk kesihatan? Jom kita cari penyelesaiannya..

Buah Cempedak Dan Khasiatnya Untuk Kesihatan


Buah cempedak adalah spesis buah yang hampir sama dengan buah nangka.

Buah Cempedak Dan Khasiatnya Untuk Kesihatan
Pokok cempedak
Buah cempedak ada juga khasiatnya yang mungkin anda kurang tahu. Jom baca khasiat buah cempedak seperti di bawah, dari sumber ini:

1. Membuat mata sihat


Mata yang sihat akan membuat pandangan anda lebih jelas dan jernih. Khasiat cempedak untuk mata adalah menyehatkannya dengan kandungan vitamin A yang ada dalam buah ini. Buah ini juga boleh mencegah anda dari mata rabun.

2. Makanan berkhasiat


Manfaat cempedak dengan semua kandungan gizi tersebut membuat buah ini menjadi sumber makanan bergizi yang baik untuk tubuh. Rasanya yang enak akan semakin disukai, terutama bagi anak-anak yang sulit memakan sayuran. Agar lebih lazat, buatlah jus dari buah cempedak untuk diambil sehari-hari. 

Buah Cempedak Dan Khasiatnya Untuk Kesihatan

3. Menyihatkan pencernaan


Vitamin dan mineral juga serat dalam buah cempedak akan membuat pencernaan anda lebih sehat. Organ pencernaan Anda akan berfungsi lebih baik, sehingga proses pencernaan makanan pun berjalan lancar.

4. Membuat tubuh langsing


Buah cempedak mampu membuat anda cukup kenyang, sehingga anda tidak akan cepat merasa lapar. Itulah kenapa buah ini bisa dijadikan makanan yang bermanfaat untuk melangsingkan tubuh serta menyehatkannya.

5. Meningkatkan daya tahan tubuh


Daya tahan tubuh yang tinggi tentunya akan lebih membuat badan anda sihat dan tidak mudah diserang penyakit. Ambillah buah cempedak dengan teratur agar sistem imun anda meningkat dengan baik.

Ada banyak lagi khasiat buah cempedak yang boleh anda ketahui antaranya boleh membantu mengurangkan risiko stroke, membantu merawat kanser dan merendahkan kolsterol pada darah.

Selain sedap dimakan begitu saja dan enak dibuat cempedak goreng.. rupa-rupanya buah cempedak banyak khasiat kepada kesihatan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close