Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Doa Agar Dipermudahkan Urusan Dan Ucapan

Doa Agar Dipermudahkan Urusan Dan Ucapan. Ada banyak doa yang boleh diamalkan untuk memudahkan urusan kita seharian di atas muka bumi ini. Semua agama menganjurkan penganutnya untuk berdoa dahulu sebelum memulakan sesuatu kerja. Begitu juga dengan agama kita iaitu agama islam.. ada semua cara dan adab sebelum memulakan agar kerja yang dilakukan itu diberkati.

Amalan doa memudahkan urusan dan dilancarkan ucapan ni antara doa yang paling popular sejak dari zaman sekolah tadika lagi. Saya pun dah menghafalnya sejak dari kecil. Semoga kita istiqamah mengamalkan doa ini dalam hidup seharian kita.



Doa Agar Dipermudahkan Urusan Dan Ucapan


Inilah doanya yang boleh diamalkan oleh sesiapa saja, samada di sekolah, kat tempat kerja atau ketika nak berucap. Nak memulakan urusan, baca doa ini. InysaaAllah, urusan kita dipermudahkan oleh Nya.

Doa Agar Dipermudahkan Urusan Dan Ucapan

Doa dipermudahkan urusan dalam rumi:

Rabbisrohli sodri.. wayassirli amri.. wahlul ukdatammillisaanni.. yafqohu.. qauli..

Maksudnya:

"Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku." - (surah Toha ayat 25-28)

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua dan hidup dalam keadaan yang tenang aman damai.. insyaa Allah.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Sangat bermanfaat.
    Salam Jumaat dan Salam kemerdekaan ke-61.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close