Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pembaca Al Quran Diibaratkan Seperti Limau Yang Manis

Amalkan hidup berpandukan al Quran dan sunnah rasulullah. Sesiapa yang membaca al Quran dan mengamalkan ajaran di dalamnya.. tempatnya amat istimewa di sisi Rasulullah dan para malaikat di akhirat nanti.

Ajarkan anak-anak kita untuk membaca al Quran bersama-sama setiap hari terutamanya selepas solat Maghrib agar amalan ini dijadikan rutin hingga bila-bila walaupun nanti mereka telah jauh dari kita. Jadikan membaca al Quran sebagai masa indah kita berkumpul bersama keluarga.

Pembaca Al Quran Diibaratkan Seperti Limau Yang Manis

Pembaca Al Quran Diibaratkan Seperti Limau Yang Manis         


Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu al- quran:-

1) Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.

2) Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yg lebih mulia dari membaca Al-Quran.

3) Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para nabi ‘alaihimussalaam.

4) Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau & rasa yang enak iaitu disukai ramai.

5) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al- Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.

6) Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.

7) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian serta mendapat kemuliaan dan akan mendapat keredhaan Allah Ta'ala.

8) Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan nabi.

9) Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.

10) Barangsiapa yang beramal dengan al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.

11) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.

12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.

13) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf.

Contoh: (70×340 740= 23851800), berbanding yang baca secara biasa.

14) Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.

15) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.

16) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.

17) Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yg tidak memahami isi
kandungannya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close