Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Paling Senang Dimasak

Jom buat ayam goreng berempah yang mudah. Cari resepi yang senang nak diikuti daripada resepi yang susah tapi tak jadi. Adoii.. saya lah tu. Konon nak buat paling perfect tapi yang ada.. adooo.. hehe

Resepi ayam goreng berempah ada banyak versi, ada yang bubuh lengkuas dan ada yang tak perlu pun. Jadi, kali ni saya nak share resepi ayam goreng berempah tanpa lengkuas. Sebab.. lengkuas susah nak cari kat tempat saya. Kekonon duduk dalam bandar moden. Kahkah!

Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Paling Senang Dimasak
Ayam goreng berempah yang saya buat sendiri.. 

Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Paling Senang Dimasak
Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Paling
 Senang Dimasak

Resepi Ayam Goreng Berempah Yang Paling Senang Dimasak


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
5 ulas bawang putih - tumbuk
2 biji bawang besar - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
5 batang serai - tumbuk
1 sudu besar ketumbar - tumbuk - (goreng tanpa minyak dulu)
1 sudu besar kari ayam/ daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
Minyak untuk menggoreng
Garam secukup rasa

Cara memasak ayam goreng berempah yang paling senang


1. Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan bahan yang telah dikisar kering atau tumbuk tadi dan daun kari, lalu diperap - lebih kurang 30 minit hingga 1 jam

Bahan semua digaul campurkan

Gaul rata pada ayam

2. Ayam yang telah siap digaul dengan semua bahan dan daun kari, kemudian goreng ayam hingga kekuningan atau garing.

Daun kari goreng dulu lagi kaww..

3. Angkat dan toskan. Taburkan lebihan daun kari, jika suka


Siap dah ayam goreng berempah yang mudah disediakan tu. Kalau nak buat lebih dari seekor ayam.. saya blend semua sekali. Tapi kalau setakat seekor ayam.. tumbuk pun tak apa.

Selamat mencuba ye..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close