Anak-Anak Sebenarnya Suka Pujian Berbanding Makanan. Jauh di sudut hati anak-anak menginginkan kata pujian dari ibu bapa mereka. Kalau tak percaya.. cuba puji anak-anak yang sedang membesar dengan kata-kata yang menarik.. tentu mereka akan gembira terlompat-lompat. Contohnya, jika anak berusia 3 tahun sudah pandai menunggang basikal mainannya, kita puji dia pandai.. mesti anak tu akan terkinja-kinja terlalu suka.
Ya betul, anak-anak secara zahirnya suka makan. Tetapi di sebaliknya.. anda kena lihat secara dari sudut psikologi. Makanan jiwa juga lebih penting bagi anak-anak yang sedang membesar.
Antara contoh ayat pujian untuk anak-anak adalah:
1. Pandainya Azim, dapat A untuk subjek lukisan. Tak sangka awak ada bakat melukis yang besar.. lain kali buat lebih cantik lagi ya..
2. Terima kasih tolong ibu buang sampah ya dik! Rajinnya anak ibu..
3. Alhamdulillah.. rajin anak ibu pergi solat jamaah kat surau. Budak lelaki kena solat jamaah tau, pahala dia 27 kali ganda lebih dari solat sendiri kat rumah.. (anak saya akan tunjukkan muka soleh dia dengan kopiah di kepala.. hihi)
Gambar hiasan |
Anak-Anak Sebenarnya Suka Pujian Berbanding Makanan
Ya..
Sebenarnya anak-anak kita amat memerlukan puji-pujian berbanding makanan. Lagi-lagi dalam keadaan zaman serba canggih dan laju ni, ibu bapa jarang ada di rumah. Sebahagian masa banyak dihabiskan dengan kerja dan aktiviti yang berkaitan. Jumpa anak-anak sesekali, itu pun kalau ada diluangkan masa.
So, anak-anak akan membesar tanpa sentuhan, kasih sayang dan perhatian. Jadi, jika ada sedikit masa dan kesempatan.. duduk bersama anak-anak. Lihat apa yang mereka buat, tengok kerja sekolahnya dan buatkan air untuk mereka.
Haa.. pada waktu inilah anda boleh puji jika kerja sekolahnya kemas, tulisan cantik, pandai kemas tempat tidur dan sebagainya.
Tak rugi kita sebagai ibu bapa memuji anak-anak kerana mereka amat perlukan pujian untuk menaikkan motivasi diri. Setakat makan.. di mana-mana kita boleh makan dan dia sendiri pun boleh beli sendiri. Tetapi pujian? Siapa lagi yang nak puji mereka kalau bukan orang yang paling dekat dengannya iaitu kita sebagai ibu bapa.
Jadi ibu bapa janganlah ego. Langsung tak pernah memuji anak. Kesannya nanti anak-anak membesar dengan sombong dan ego juga. Mereka pun tidak akan memuji orang lain kerana tidak diajarkan dengan kata-kata yang baik, perkataan yang cantik sedari kecil lagi.
Anak-anak yang membesar dengan menerima pujian, akan jadi anak yang mesra jiwanya. Mudah memaafkan orang lain, berprasangka baik dan berbagai akhlak yang terpuji.
Ahli psikologi juga berpendapat bahawa puji-pujian terhadap seseorang boleh meningkatkan prestasi seseorang individu. Ia penting untuk mengimbangi emosi yang kurang stabil dalam tubuh badan manusia yang sedang stress.
So, kalau ada kawan anda sedang stress, sedih dan sebagainya.. berilah kata-kata pujian yang baik, ikhlas.. agar ia boleh jadi penawar kepada masalahnya itu.
Tidak semua sakit boleh dirawat dengan ubat. Adakala kata-kata positif yang baik, penuh harapan, berisi pujian.. dapat menyembuhkan sesuatu penyakit.
Wallahu'lam.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.