Malu Itu Sebahagian Dari Iman. Setiap orang ada perasaan malu dalam dirinya walau pun sekadar sekelumit. Kalau rasa malu dah hilang langsung dalam diri, itu bermakna anda tidak normal. Jadilah disebut juga sebagai "orang gila" atau kurang waras. Kalau dah memang kategori itu, tak mengapa. Jika buat salah pun tidak berdosa kerana nikmat malu Allah dah tarik dalam dirinya. Orang kurang waras tak tahu apa dia buat ya, jadi dikira tak berdosa jika dia sengaja berbogel dikhalayak ramai. Itu antara dia dengan Allah.
Memang benar. Dari zaman asrama sampai la ni, ustaz selalu pesan.. malu itu sebahagian dari iman. Bayangkan jika semua rasa malu dah tak ada, di manakah kita di atas muka bumi pinjaman Allah ni? Bagaimana rupa bentuk akhlak kita jika tidak ada rasa malu?
Cuba lihat dalam media sosial khasnya, berapa banyak gambar yang menjolok mata umpama dah tak ada rasa malu. Bila kita beri nasihat, mereka jawab, " aku tak kacau orang dah!". Ada pula yang mendabik dada kata, "aku tak berpura-pura!". Malah dikata kita kolot dan cemburu dengan apa yang mereka lakukan. Kalau ikutkan malas orang nak campur urusan awak dik non dan kak non.. tapi soal hukum hakam Allah, kita kena bercakap benar walaupun akan dihina balik. Walau kita bukam ustazah, bukan ustaz atau ulamak sekalipun.. tetapi menegakkan hukum yang benar dan hak itu tanggungjawab setiap muslim terhadap muslim yang lain.
Malu itu sebahagian iman, dik..
Malulah buat sesuatu yang Allah murka. Malulah bertindak atas jalan yang ditegah. Hentikan maksiat bila orang dah beri nasihat. Bukan kau tambah mencabar dan angkuh lalu kau rampas pula kebahagiaan orang itu. Ketahuilah.. tanpa rasa malu itu kamu akan ditimpa pembalasan yang setimpal atas perbuatan kamu. Jika kamu ada perasaan malu, tentu kamu telah lama berhenti melakukan kesilapan demi kesilapan yang disengajakan itu.
Benar! Akhiran hidup seseorang kita tak tahu. Hanya Allah yang tahu. Tetapi.. kita pun tak tahu bila Allah akan mencabut nyawa kita, kan? Jika kita tak malu berbuat kerosakan atas muka bumi Allah ni, bagaimana kita nak menjangka akhiran hidup kita? Bukankah kita kena mencari redha dan hidayah Allah. Maka.. tambahkan rasa malu, lepaskan segala kerja sia-sia.. kembalilah kepada Allah. Sesungguhnya dengan rasa malu, banyak maksiat, pendedahan aurat, penipuan dapat dielakkan dan dihentikan.
Akhir kata, bacalah apa yang saya tulis walau saya bukanlah seorang ustazah. Tetapi lihatlah apa yang saya sampaikan. Usah berterusan berbangga dengan dosa yang kita buat. Malulah dengan Allah. Dia melihat apa yang kita buat samada terzahir atau tersembunyi. Allahuakbar!
Tapi..
Bagi kita yang sihat dan walafiat, Allah bagi rasa malu yang tebal dalam diri.. terutamanya dalam zaman serba moden... jadi bersyukurlah. Kalau orang yang berakal menonjolkan maruah diri dalam media sosial sewenang-wenangnya, tetapi anda tetap kekal dengan prinsip dan rasa malu dengan Tuhan, anda amat beruntung. Semoga kita semua masih lagi ada iman yang kukuh untuk mendepani cabaran alaf baru ni..
Malu Itu Sebahagian Dari Iman
Memang benar. Dari zaman asrama sampai la ni, ustaz selalu pesan.. malu itu sebahagian dari iman. Bayangkan jika semua rasa malu dah tak ada, di manakah kita di atas muka bumi pinjaman Allah ni? Bagaimana rupa bentuk akhlak kita jika tidak ada rasa malu?
Cuba lihat dalam media sosial khasnya, berapa banyak gambar yang menjolok mata umpama dah tak ada rasa malu. Bila kita beri nasihat, mereka jawab, " aku tak kacau orang dah!". Ada pula yang mendabik dada kata, "aku tak berpura-pura!". Malah dikata kita kolot dan cemburu dengan apa yang mereka lakukan. Kalau ikutkan malas orang nak campur urusan awak dik non dan kak non.. tapi soal hukum hakam Allah, kita kena bercakap benar walaupun akan dihina balik. Walau kita bukam ustazah, bukan ustaz atau ulamak sekalipun.. tetapi menegakkan hukum yang benar dan hak itu tanggungjawab setiap muslim terhadap muslim yang lain.
Malu itu sebahagian iman, dik..
Malulah buat sesuatu yang Allah murka. Malulah bertindak atas jalan yang ditegah. Hentikan maksiat bila orang dah beri nasihat. Bukan kau tambah mencabar dan angkuh lalu kau rampas pula kebahagiaan orang itu. Ketahuilah.. tanpa rasa malu itu kamu akan ditimpa pembalasan yang setimpal atas perbuatan kamu. Jika kamu ada perasaan malu, tentu kamu telah lama berhenti melakukan kesilapan demi kesilapan yang disengajakan itu.
Benar! Akhiran hidup seseorang kita tak tahu. Hanya Allah yang tahu. Tetapi.. kita pun tak tahu bila Allah akan mencabut nyawa kita, kan? Jika kita tak malu berbuat kerosakan atas muka bumi Allah ni, bagaimana kita nak menjangka akhiran hidup kita? Bukankah kita kena mencari redha dan hidayah Allah. Maka.. tambahkan rasa malu, lepaskan segala kerja sia-sia.. kembalilah kepada Allah. Sesungguhnya dengan rasa malu, banyak maksiat, pendedahan aurat, penipuan dapat dielakkan dan dihentikan.
Akhir kata, bacalah apa yang saya tulis walau saya bukanlah seorang ustazah. Tetapi lihatlah apa yang saya sampaikan. Usah berterusan berbangga dengan dosa yang kita buat. Malulah dengan Allah. Dia melihat apa yang kita buat samada terzahir atau tersembunyi. Allahuakbar!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.