Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Diet 1200 Kalori Sehari Mudah Je Rupanya!

Menu Bergambar Cara Diet 1200 Kalori Sehari. Bagi anda yang sedang mengamalkan diet sihat, tentulah ada panduan yang boleh anda ikuti untuk sentiasa kekal dalam mood berdiet tu.. bagaimana caranya nak tahu samada pemakanan yang kita ambil tu adalah menepati sukatan makanan yang kita kena ambil dalam sehari, berdasarkan diet yang kita pilih.

So, saya kongsikan di bawah ini menu bergambar sebagai panduan sekiranya anda nak diet kalori.

Menu Bergambar Cara Diet 1200 Kalori Sehari 


Menu Bergambar Cara Kawal 1200 Kalori Sehari
Sumber gambar: fitnesspal

Menu Diet kalori pengambilan sebanyak 1200 kal sehari. Boleh ikuti menu tersebut.

Contohnya,

Sarapan:

301 kalori = 1/2 cawan oatmeal dengan walnut dan blueberry

Snek pagi:

149 kalori = 1/2 cawan cheese cottage dengan buah pear

Makan tengahari:

305 kalori = salad ayam ala mediterranean (campuran hirisan dada ayam, tomato dan daun salad)

Snek petang:

145 kalori = 1/2 cawan hirisan lobak merah, telur rebus dan 4 keping wheat cracker

Makan malam:

298 kalori = taco udang

Haaa.. amacam? Boleh displin diet macam ni? Masalahnya mampukah kita yang nak diet kalori ni. Dan, kena ingat ya.. keperluan kalori badan seseorang berbeza-beza mengikut gaya kehidupannya sehari-hari, seperti pekerjaannya, saiz tubuh badan dan sebagainya.

Jika anda nak mula berdiet sihat, baca panduan daripada rakan-rakan yang berpengalaman menjalani diet sedemikian. Dapatkan panduan yang betul ya..

Jika tidak semua usaha anda hanyalah sekadar buang masa dan tidak mendatangkan hasil. Akhirnya anda yang kemurungan, stress dan berputus asa.

Selamat berdiet ya.. 💜💜

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close