Resepi Ayam Goreng Lengkuas. Pernah anda makan ayam goreng lengkuas? Kalau ayam goreng serai dan halia dah biasa sangat. Goreng lengkuas ni jarang makan tapi pernah juga sekali tu mak mertua buat. Sedap jugak la. Tapi tekak saya lebih suka dengan ayam goreng berempah atau ayam goreng halia.
Ayam goreng lengkuas adalah antara menu yang popular dari negara seberang Indonesia. Ada kawan saya asal sana.. cerita bahawa di Indonesia lebih popular dengan ayam goreng lengkuas. Lengkuas antara perencah masakan yang popular digunakan di Indonesia.
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam, cuci bersih, perahkan limau nipis, peram sekejap dan bilas.
2 helai daun salam
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/3 sudu teh penyedap rasa - ajinomoto
1 1/2 sudu makan gula merah, hiris nipis
2 keping asam jawa dicampur air beberapa sudu
100 gram lengkuas, parutkan
1 btg serai
300 ml air (resepi asal guna santan)
Minyak untuk menggoreng
Bahan yang dikisar:
4 butir bawang merah
3 ulas bawang putih
3 butir buah keras, goreng tanpa minyak (sangai)
1/2 sudu teh ketumbar
1 inci halia
1 inci kunyit
1. Masukan ayam ke dalam kuali, tambahkan sisa bahan lain kecuali minyak goreng. Rebus ayam hingga airnya susut. Angkat, pisahkan dari perencahnya. Panaskan minyak goreng, masukkan ayam. Goreng hingga kecoklatan, angkat. Toskan.
2. Di minyak bekas menggoreng ayam, masukkan bahan yang sudah dipisahkan, goreng dengan api sedang hingga kecoklatan, angkat, toskan dan tekan hingga minyaknya keluar. Sajikan dengan ayam (dicampur).
Kalau dah tahu resepi dan cara menyediakan ayam goreng lengkuas yang sedap di atas, anda bolehlah cuba buat pulak. Mana tahu lepas ni suka pula dengan rasanya.
Selamat mencuba ya!!

Gambar hiasan |
Resepi Ayam Goreng Lengkuas

Cara menyediakannya:
1. Masukan ayam ke dalam kuali, tambahkan sisa bahan lain kecuali minyak goreng. Rebus ayam hingga airnya susut. Angkat, pisahkan dari perencahnya. Panaskan minyak goreng, masukkan ayam. Goreng hingga kecoklatan, angkat. Toskan.
2. Di minyak bekas menggoreng ayam, masukkan bahan yang sudah dipisahkan, goreng dengan api sedang hingga kecoklatan, angkat, toskan dan tekan hingga minyaknya keluar. Sajikan dengan ayam (dicampur).
Kalau dah tahu resepi dan cara menyediakan ayam goreng lengkuas yang sedap di atas, anda bolehlah cuba buat pulak. Mana tahu lepas ni suka pula dengan rasanya.
Selamat mencuba ya!!
1 Comments
Uish terliur pulak kita. Hehehe. Boleh try nie :)
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.