Resepi Kek milo coklat leleh. Haha.. nak share resepi coklat leleh lagi, kali ni kek milo yang senang tu. Siapa yang buat pasti jadi. Tak menyesal punya. Kek milo ni bahan asasnya macam biasa, sama macam buat kek milo yang viral dulu. Cuma kita tambah coklat topping di atasnya, buat dia meleleh gitu..
Saya dah buat banyak kali kek milo kukus dengan coklat meleleh.. memang menjadi. Anak-anak pun suka. Lembap je kek milo ni. Makan lepas 2 atau 3 hari pun masih sama. Jom kita tengok cara dan resepinya ya😊😊
Kek milo dengan topping coklat meleleh.. sedap weii
Kalau nak warna lebih gelap kek milo tu, campurkan dengan serbuk koko. Memang lebih gelap, dah macam kek coklat saya tengok..
BAHAN-BAHAN KEK :
1 cawan milo
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
*Masak semua bahan di atas hingga sebati dan biarkan sejuk
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
* ayak semua bahan
3 biji telur
1. Panaskan kukusan. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan ketepikan.
2. Pukul telur hingga kembang. Tuang adunan telur ke dalam adunan milo dan gaul sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus 45 minit - 1 jam.
5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
BAHAN TOPPING KEK :
1 cawan milo
1/2 cawan susu pekat
3 sudu makan air
2 sudu makan minyak masak
HIASAN
coklat urai warna-warni, coklat rice
CARANYA:
Masak semua bahan kecuali coklat urai dengan api sederhana hingga agak likat. Tuang ke atas kek yang telah sejuk. Kalau suka, tuang topping sampai meleleh, letak banyak pun tak apa. Tabur di atas kek dengan coklat urai, jika suka.
Saya lebih suka letak topping je, sebab anak-anak tak suka coklat urai. Hihi.. 💕💕
Selamat mencuba kek milo coklat meleleh dengan sukatan cawan di atas tadi. Seperti yang saya tulis awal tadi, kek milo warna kejadian bila dah masak tak gelap ya, sebab dia milo. Kalau nak bagi gelap tambahkan serbuk koko. Pasti kawww!!

Resepi Kek Milo Coklat Leleh Senang Sedap Dan Murah Guna Sukatan Cawan
BAHAN-BAHAN KEK :
1 cawan milo
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
*Masak semua bahan di atas hingga sebati dan biarkan sejuk
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
* ayak semua bahan
3 biji telur
CARA-CARA NAK BUAT KEK MILO COKLAT LELEH
1. Panaskan kukusan. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan ketepikan.
2. Pukul telur hingga kembang. Tuang adunan telur ke dalam adunan milo dan gaul sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus 45 minit - 1 jam.
5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
BAHAN TOPPING KEK :
1 cawan milo
1/2 cawan susu pekat
3 sudu makan air
2 sudu makan minyak masak
HIASAN
coklat urai warna-warni, coklat rice
CARANYA:
Masak semua bahan kecuali coklat urai dengan api sederhana hingga agak likat. Tuang ke atas kek yang telah sejuk. Kalau suka, tuang topping sampai meleleh, letak banyak pun tak apa. Tabur di atas kek dengan coklat urai, jika suka.
Saya lebih suka letak topping je, sebab anak-anak tak suka coklat urai. Hihi.. 💕💕
Selamat mencuba kek milo coklat meleleh dengan sukatan cawan di atas tadi. Seperti yang saya tulis awal tadi, kek milo warna kejadian bila dah masak tak gelap ya, sebab dia milo. Kalau nak bagi gelap tambahkan serbuk koko. Pasti kawww!!
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.