Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Tiga Tanda Bahagia Seorang Mukmin

Tiga Tanda Bahagia Seorang Mukmin. Bahagia itu memang subjektif sifatnya. Setiap orang ada definisi bahagianya sendiri. Dan, sedarkah kita nilai bahagia itu berbeza bentuknya dan tanggapannya seiringan dengan perubahan usia. Tak percaya? Cuba lihat diri kita sendiri.

Ketika kecil dan kanak-kanak, ukuran bahagia kita adalah apabila dapat beli mainan kegemaran kita. Dapat makan ais krim memang dah cukup bahagia. Bila menginjak alam persekolahan, apa pula nilaian bahagia kita? Tentulah bila dapat bermain sepanjang masa dengan kawan-kawan sebaya tanpa perlu pergi sekolah. Betul tak?

Dan begitulah seterusnya.. bila usia berpindah angka dari 20-an hinggalah ke 60-an.

Tiga Tanda Bahagia Seorang Mukmin


Tiga Tanda Bahagia Seorang Mukmin

Tiga tanda bahagia seorang mukmin adalah:

1. Bersyukur ketika diberi nikmat

2. Bersbaar ketika ditimpa musibah (cubaan)

3. Memohon ampun pada Allah ketika telah terjerumus dalam dosa

Senang tak nak bahagia? Mudahnya nilai bahagia yang dianjurkan seperti di atas. Tetapi.. nak jadi begitu bukan semua orang mampu menggapainya. Mampukah bersabar dikala dugaan melanda? Apa yang kita buat bila diri ditimpa musibah? Bukankah kita berkeluh kesah? Sedangkan Allah dah kata, sabar dan solatlah bila diuji. Allah akan berikan ilham dan menyelesaikan masalah kita. Perbanyakkan istighfar, mohon ampunan dengan bersungguh-sungguh. Kelak.. ada bantuan dan pertolongan dari Allah dari sumber yang tak disangka-sangka.

Memang tak mudah menggapai bahagia. Jalannya penuh ranjau dan duri. Setiap orang diberikan cabaran berbeza mengikut kemampuan masing-masing.

Dan akhirnya.. pasti ada warna bahagia di hujung jalan bagi mereka yang melepasi 3 tanda di atas. Mampu melaksanakan yang di atas, itulah nilai bahagia sebenar seorang muslim. Insyaa Allah.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close