Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

4 Perkara Yang Boleh Mengangkat Darjat Seseorang Walaupun Ilmunya Kurang

Empat Perkara Yang Boleh Mengangkat Darjat Seseorang Walaupun Ilmunya Kurang. Sebab itu ada peribahasa orang putih yang berbunyi, "don't judge a book by its cover." Betul tak? Kekadang nampak luarannya sangat educated tetapi akhlaknya di mana? Adakah di hati atau di kaki? Ni contoh je.. sebab dalam zaman ini ramai sangat yang suka judge orang lain dan berprasangka membuta tuli.

Lagi satu, buanglah sifat suka bergossip. Orang kata "membawang". Kerana sikap ini tak datangkan kebaikan pun kepada diri kita dan orang sekeliling kita. Ada 4 perkara yang boleh mengangkat darjat seseorang di sisi Allah, yang sudah semestinya membawa kebaikan kepada semua pihak.

Antaranya adalah sikap pemaaf. Pahala yang cukup besar juga menanti mereka yang bermaafan. Kelebihan yang ketara, adalah hilangnya penyakit stress dan tekanan dalam diri manusia.

Empat Perkara Yang Boleh Mengangkat Darjat Seseorang Walaupun Ilmunya Kurang


Mari kita lihat apakah 4 perkara itu yang mampu mengangkat darjat seorang hamba di sisi TuhanNya.

1. Pemaaf


Orang yang mudah memaafkan memang tinggi darjatnya di sisi Allah.

4 Perkara Yang Boleh Mengangkat Darjat Seseorang Walaupun Ilmunya Kurang

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima), ALLAH Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al-Baqarah: 263)

Memang amat jelas kalam Allah dari surah al Baqarah di atas. Pemaaf amat tinggi kedudukannya di mata Allah. Kemaafan yang diberi dengan ikhlas akan menimbulkan suasana harmoni dan masyarakat yang positif. Insyaa Allah, akan datang hikmah yang tak terhingga apabila kita hidup dalam kelompok rakan dan sahabat yang saling bermaafan.

2. Pemurah


Banyak bersedekah, pemurah adalah ciri seorang mukmin yang sederhana dan sentiasa bersyukur. Ada rezeki banyak, lebihlah sedekahnya. Jika hari itu rezekinya setakat RM1.00, separuh dia akan beri jika ada orang yang betul-betul memerlukan pertolongannya. Orang macam inilah orang yang tinggi darjatnya. Dia sentiasa bersyukur dan tahu nilai sedekahnya yang sedikit itu amat besar di sisi Allah. Satu dia beri hari ni, pasti Allah akan balas berganda-ganda kemudiannya. Maknanya.. amalkan konsep memberi dulu untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.

3. Merendah Diri


Subhanallah. Orang yang kaya raya tetapi amat merendah diri tentulah mendapat tempat istimewa di sisi Allah. Walau kurang ilmu, tetapi bersikap humble atau merendah diri terhadap orang lain, maka dialah orang yang tinggi darjatnya. Sentiasa bersederhana dalam berurusan dengan orang lain, tidak dengki dengan kejayaan orang lain dan sentiasa bercakap dengan penuh berhemah. Orang beginilah yang disayangi oleh ramai orang.

4. Baik akhlaknya


Mukmin yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya. Orang yang baik akhlaknya dipandang tinggi di sisi Allah. Orang yang baik akhlaknya juga menyenangkan hati, mudah disayangi dan sentiasa menjaga silaturrahim dengan persekitarannya.

Daripada Aishah RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya seseorang Mukmin itu dapat mencapai orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang sunat di tengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia.”- (Riwayat Abu Daud)

Justeru itu, rebutlah peluang untuk mempraktikkan apa yang dikongsikan di atas demi menjadi hamba kesayangan Tuhan, yang menjadi insan yang menyenangkan orang lain. Sentiasa membawa aura positif kepada persekitarannya. Semoga kita semua menjadi insan yang terpilih.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close