Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Amalan Zikir Rabbaniyah Untuk Hidup Lebih Tenang Dan Rasa Dekat Dengan Allah

Amalan Zikir Rabbaniyah Untuk Hidup Lebih Tenang. Zikir adalah terapi diri. Makanan untuk jiwa yang masih hidup adalah dengan zikir. Dengan berzikir hati menjadi tenang. Zikir ni kerja mudah, boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa. Jika anda rasa lepas solat fardhu nak berzikir, lakukanlah. Jika berada dalam kereta pun boleh. Zikir selalu menjauhkan kita dari sifat lalai. Berzikir menjadikan kita sentiasa bersikap positif

MAKSUD RABBANIYAH 

-Ketuhanan, iaitu segala konsep, hukum, peraturan, nilai, dan prinsip yg terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu Allah swt dan Hadis.

PRINSIP RABBANIYAH

-Islam ialah agama yg diwahyukan oleh Allah swt & bukan ciptaan manusia.-Islam ialah satu pegangan yg jitu & bersih dpd. kekurangan, kejahilan, &dorongan hawa nafsu.-Islam & seluruh makhluk merupakan hak Allah swt.

Rabbaniyah (KETUHANAN)

Rabbaniyah bermaksud bersifat ketuhanan. Jadi, apa saja yang kita lakukan adalah dan yang disukai oleh Tuhan. Contohnya kita menolong orang, ia dikatakan Rabbaniyah kerana Tuhan yang perintahkan. Apabila kita melakukannya kita mendapat keredhaan Tuhan. Demikianlah dengan yang lain, sama ada kita lakukan yang baik atau meninggalkan yang dilarang adalah kerana percaya kepada Allah, bukan kerana manusia, adat atau lainnya. Kalau kita lakukan sesuatu kerana manusia, maka ia tidak bersifat Rabbaniyah.

Amalan Zikir Rabbaniyah Untuk Hidup Lebih Tenang


Mari amalkan zikir Rabbaniyah setiap hari jika nakkan ketenangan, keselesaan dalam hidup. Zikir Rabbaniyah juga bagus untuk kita amalkan setiap hari untuk rasa dekat dengan Allah SWT.


Amalan Zikir Rabbaniyah Untuk Hidup Lebih Tenang Dan Rasa Dekat Dengan Allah

Zikir Rabbaniyah:


1. Astagfirullahal aziim - 100 kali

2. Subhanallah wabihamdi subhanallah al aziim - 100 kali

3. Lailahaillallah - 100 kali

4. HasbiyAllah wani'mal wakiil - 100 kali

5. Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah Allahukbar - 100 kali

6. Lahaulawala quwwata illa billahil'aliyul aziim - 100 kali

7. Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa'ala alihi wasohbihi wabarik wasallim - 100 kali

Semoga bermanfaat. Zikir Rabbaniyah ni amatlah afdal diamalkan setiap hari untuk rasa tenang dan dekat dengan Allah.

Insyaa Allah.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close