Buah Tangan Dari Bumi Mekah Al Mukarramah. Alhamdulillah. Akhirnya semua dah selamat dan selesai buat adikku. Dan juga abang sulungku. Kedua-duanya telah selamat pulang ke tanahair setelah berpergian untuk menunaikan rukun islam ke lima. Semoga kedua-duanya dikurniakan haji yang mabrur. Insyaa Allah.
Bila kaum kerabat kita balik dari haji atau umrah, pasti anda pun menerima buah tangan dari tanah suci mekah tu kan. Samalah kami yang tinggal ni, dapat ole-ole dari tanah suci. Ambil berkat makan dan pakai dari barangan di bumi haram, mana tahu lain tahun kita pula yang dipanggil ke sana.. aamiin..
Buah Tangan Dari Bumi Mekah Al Mukarramah
Terima kasih kepada adik perempuan saya yang telah selamat kembali dari menunaikan haji baru-baru ini. Secara kebetulan beliau pergi dalam musim haji yang sama dengan abang sulung kami. Besar sungguh rancangan Allah, dapat pergi dengan adik beradik walau berlainan agensi. Akhirnya di bumi Mekah bertemu jua..
Oh ya.. jom layan ole-ole dari adikku untuk kami sekeluarga..
Antara manisan arab yang dibawa pulang. Kurma, peach kering.. sedap dan lembut
Ada juga pelbagai kekacang.. kacang kuda, kacang tanah masin, pistachio, badam,
Buah kegemaran anak kecil saya iaitu buah kismis dan buah zaitun kering. Sedap.. saya suka~!
Aneka coklat .. manis sangat rasanya. Kalau nak makan kena sediakan air masak kat sebelah..
Pelbagai wangian dan celak. Inai mekah pun ada..
Sejadah dan kopiah. Alhamdulillah. Membayangkan diri berada di hadapan kaabah di Mekah ketika bersolat. Kopiah tu.. anak kecil saya dah rasmikan pergi ke surau. Dapat ganti kopiahnya yang hilang sebelum ini, di surau yang sama.
Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat yang Allah berikan ini. Semoga adikku sekeluarga dilimpahkan rezeki, kesihatan dan keberkatan umurnya dari dunia hingga ke syurga.
Aamiin...
Oh ya.. jom layan ole-ole dari adikku untuk kami sekeluarga..
Alhamdulillah. Syukur dengan nikmat yang Allah berikan ini. Semoga adikku sekeluarga dilimpahkan rezeki, kesihatan dan keberkatan umurnya dari dunia hingga ke syurga.
Aamiin...
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.