Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Brownies Kedut Paling Simple Hanya Dengan 5 Bahan Saja

Cara Buat Brownies Kedut Paling Simple Hanya Dengan 5 Bahan Saja. Pada masakini, manisan yang paling viral dan sering orang cari adalah brownies. Bila sebut brownies, mestilah terbayangkan coklat dan manisan lain yang jadi bahan utamanya. Saya ada tengok satu cara buat brownies dari majalah RASA yang hanya menggunakan 5 bahan dan beberapa langkah mudah. Tu yang saya bubuh tajuk entri ni resepi paling simple buat brownies. Sebelum ni saya teka nak buat brownies mesti susah. Sebab tu harganya mahal. Rupa-rupanya tak lah susah mana.. semua bahan-bahan yang diperlukan untuk buat brownies saya kenal. Jadi.. memang mudah. Hehe..

Kalau orang jual brownies siap potong kecil-kecil supaya senang nak masuk mulut. Tapi kalau korang buat sendiri, nak potong kecil atau besar.. sukati lah. Tak nak potong pun tak ada siapa nak marah.

Jom lah kita nengok resepinya di bawah, ehsan dari rasa.com.

Cara Buat Brownies Kedut Paling Simple Hanya Dengan 5 Bahan Saja

Cara Buat Brownies Kedut Paling Simple Hanya Dengan 5 Bahan Saja


Cara Buat Brownies Paling Simple Hanya Dengan 5 Bahan Saja


Bahan-bahan:

225gm Dark Chocolate - coklat hitam
135gm butter
3 Biji Telur Gred A
225gm Gula
220gm Tepung Gandum diayak bersama dengan 1 sudu teh Baking Powder


Cara Buat Brownies Kedut Paling Simple 



1. Cairkan dark chocolate dan butter menggunakan kaedah double boil.

2) Pukul telur dan gula dalam bekas lain hingga kembang.

3) Masukkan cairan chocolate dan butter dalam bekas telur. Gaul rata.

4) Kemudian masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. Gaul rata menggunakan mixer atau guna spatula pun boleh. Kuap balik sampai semua bahan sebati.

6) Bakar selama 30 minit pada suhu 160 darjah.


Nota:
Kalau guna mixer, jangan lama sangat mix. Brownies ni teksture dia bukan macam kek. Brownies lebih sedap dia kasar sikit, tak berderai. Better kuap balik guna spatula je.


Nak dapat brownies kedut??


Bila dah masak, biarkan brownies berada atas redai dalam oven tu seketika dalam keadaan pintu oven terbuka. Ini akan menghasilkan tekstur berkedut di permukaan brownies. Sejukkan dalam beberapa jam. Selepas itu, potong kecil. Saiz ikut suka korang. Kalau tak nak potong pun okay..

Apa itu kaedah double boil?


Teknik double boil adalah satu kaedah untuk mencairkan coklat tanpa mengubah dari segi rasa dan warnanya. Selalunya teknik ini menggunakan periuk khas bertingkat yg boleh dibeli di kedai peralatan masakan/dapur. Periuk ini selain digunakan untuk mencairkan coklat boleh juga digunakan untuk membuat kaya atau kastad sos.

Jika tiada periuk khas ini, boleh juga gunakan 2 sauce pan [periuk leper] yg mana sauce pan yg lebih besar diisikan air manakala sauce pan yg kecil dimasukkan coklat yg telah dipotong kecil dan letakkan dalam yg besar yg berisi air tadi. Masakkan dengan api sederhana sambil mengacaukan sehingga coklat cair. Bila coklat dah cair boleh masukkan sedikit cocoa-butter atau majerin atau minyak. ~ sumber chef Hanieliza.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close