Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jasa Seorang Muazzin Yang Takkan Saya Lupa Hingga Akhir Hayat

Jasa Seorang Muazzin Yang Takkan Saya Lupa Hingga Akhir Hayat. Bagi seorang lelaki muslim, saya nak bertanya. Pernahkah anda melaungkan azan? Bila dan di mana? Adakah pada zaman persekolahan dulu? Tahukah anda bahawa besarnya pahala orang yang mengajak orang lain untuk solat? Begitu murninya tanggungjawab yang digalas. Tak kisah suara muazzin tak sedap, tak kisah anda lelaki tak kacak tetapi laungan azan anda telah memudahkan ibadah solat saya dibuat pada awal waktu. Besar sungguh jasa muazzin kepada kami sekeluarga.

Terkenang akan almarhum ayahanda saya yang mula menghidupkan enjin motornya bila muazzin melaungkan azan pertama. Tak pernah terlewat kecuali ketika itu dia sedang berada di tandas. Semoga roh almarhum ayahanda saya tergolong dalam golongan hambanya yang soleh dan bertaqwa.

Jasa Seorang Muazzin Yang Takkan Saya Lupa Hingga Akhir Hayat


Jasa Seorang Muazzin Yang Takkan Saya Lupa Hingga Akhir Hayat


Tentu ada sebab dan hikmah yang Allah nak saya renungkan hingga memudahkan kehidupan saya seharian samada ketika bekerja atau pun waktu hujung minggu.

Sewaktu bekerja seminggu, saya dapat mendengar azar dari surau berhampiran pejabat yang jaraknya cuma 7 minit berjalan kaki. Dengan laungan azan oleh muazzin, maka kita dapat solat pada awal waktu. Tak tertunggu-tunggu.

Jika pada cuti hujung minggu pula, surau berdekatan rumah juga melaungkan azan dengan jelas kerana jarak rumah dengan surau sekadar sepelaung je.. syukur alhamdulillah. Nikmat Tuhanmu yang mana kah nak engkau dustakan?

Terima kasih kepada muazzin yang memudahkan waktu solat saya. Tak risau dah masuk waktu atau belum. Solat pun tenang je..

Selain memanggil muslim untuk bersolat, azan boleh juga dilaungkan untuk keadaan-keadaan tertentu.

Berikut dinyatakan keadaan-keadaan yang disunatkan untuk azan sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Ibn Hajar dalam bentuk noktah-noktah berikut:

● Azan kepada bayi yang baru dilahirkan.
● Ketika berada dalam keadaan dukacita.
● Ketika dalam pertempuran.
● Dalam keadaan marah
● Azan untuk seseorang yang buruk akhlaknya.
● Ketika berlaku kebakaran

Di dalam kitab I’anah al-Thalibin, penulisnya apabila mensyarahkan keadaankeadaan di atas ini berkata seperti berikut: Sesungguhnya disunatkan untuk azan pada selain solat, sebagaimana disunatkan azan untuk solat seperti azan kepada seseorang yang berada dalam keadaan dukacita atau kegusaran. Ini kerana, kegusaran dan kesedihan akan hilang apabila dilaungkan azan. Sekiranya ia tidak hilang dengan sekali azan, maka dituntut untuk mengulangi semula azan.

Demikian juga azan ketika dalam keadaan marah dan juga kepada orang yang buruk akhlak atau peribadinya. Sesiapa yang buruk peribadinya dari kalangan manusia atau haiwan, hendaklah diazankan pada telinganya. Rujuk I’anah al-Thalibin, Abu Bakar al-Dimyathi (1/267).

Saya berharap perkongsian coretan dari hati ini memberikan kita kesempatan untuk memperbaiki diri dan berubah menjadi hambaNya yang berilmu. Kerana ilmu kena dituntut hingga ke liang lahad. Subhanallah.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulillah perrnah ..selalu pada zaman remaja. dah kerja Astagfirullah bila ada orang lain rajin azan Etuza jadi diam..solat jadi makmum..

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close