Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Jenis Makanan Yang Tinggi Kandungan Garamnya

Jenis Makanan Yang Tinggi Kandungan Garamnya. Mari kita lihat dan ambil tahu tentang makanan yang tinggi kandungan garamnya. Tentu anda tak sangka ada makanan yang biasa diambil adalah dari jenis makanan yang tinggi kandungan garamnya. Pengambilan garam dalam menu makan harian anda adalah perlu dihadkan bagi mengelakkan risiko penyakit terutamanya darah tinggi.


Bagaimana pula kita nak hadkan jumlah pengambilan garam dalam makanan? Ada caranya. Cuba elakkan ambil makanan segera, makanan terproses, kurangkan atau tak payah guna bahan perisa dalam masakan. Tolong elakkan anak-anak mengambil makanan ringan dengan terlalu kerap. 

Jenis Makanan Yang Tinggi Kandungan Garamnya


Jenis Makanan Yang Tinggi Kandungan Garamnya

Di bawah ini adalah jenis makanan yang tinggi kandungan garamnya:

1. Bahan perisa


Antaranya kicap, sos tomato, sos tiram, taucu, MSG, kiub perisa, perencah makanan segera, mayonis dan salad dressing


2. Makanan terproses


Yang dinamakan makanan terproses adalah makanan dalam tin (sardin, tuna, sup cendawan), sosej, keju, kacang, pizza, nugget, bebola ikan, dan burger


3. Makanan Di awet


Contoh makanan di awet adalah ikan bilis, udang kering, belacan, cencaluk, budu, ikan masin, ikan pekasam, acar buah, jeruk buah, telur masin, jeruk sayur dan daging salai

4. Makanan ringan


Antaranya, papadom, keropok udang/ ikan, mi segera, kerepek ubi, kacang masin, kerepek kentang, dan biskut masin

Jika anda dah tahu makanan yang mengandungi garam yang tinggi, maka lebih baik kurangkan atau elakkan pengambilannya secara kerap. Amalkan cara hidup sihat agar hayat kita berakhir dengan kesihatan yang baik. 

Read More ....


Post a Comment

3 Comments

  1. Kalau tak boleh elak....cuba kurangkan secara berperingkat..

    ReplyDelete
  2. Nice info. Bila usia dah 30++ ni, banyak makanan perlu dihindari. Hehe...

    ReplyDelete
  3. ishhh.. nice info nih!

    kena elakkan dari muda mudi ni :) so nanti dah tua tak de la sakit kan >.<

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close