Mengapa Konten Yang Berkualiti Itu Penting Kepada Blog? Kenapa ya? Kalau saya tulis sebaris atau dua baris ayat je, boleh tak? Bolehhh.. apa salahnya. Tapi maaf cakap, entri begitu tak dapat dinilai oleh Google secara spesifik. Kalau sekadar dengan tajuk anda boleh dapat ranking pertama di Google search, itu rezeki namanya. Keajaiban SEO blog anda. Tetapi secara amnya, Google suka entri yang berkualiti.
Apakah ciri-ciri entri yang berkualiti? Entri atau konten blog yang berkualiti adalah sesuatu entri yang menarik, memberikan maklumat tepat, tidak membosankan dan disertakan data yang releven. Alaa.. macam kita tulis karangan masa sekolah menengah dulu. Nak dapat markah A+ mestilah melakukan kupasan yang menarik terhadap sesuatu tajuk. Betul tak? Kalau ada reference atau rujukan, lagilah gempak!!
Mengapa Konten Yang Berkualiti Itu Penting Kepada Blog?
Kali ni saya nak share sikit tentang konten blog yang berkualiti. Kandungan blog yang berkualiti amat disenangi oleh pihak Google.
✔👉 Reminder!! Konten yang berkualiti merupakan aset jangka panjang bagi blog anda.
1. Sebagai Sumber maklumat
Blog sebagai sumber maklumat. Secara umumnya seseorang membuat blog adalah untuk berkongsi. Walau apa yang anda kongsikan samada hiburan, resepi, berita, tazkirah.. semuanya secara asas ia memberi info baru kepada pembaca blog anda. So, tulislah konten yang berkualiti untuk menyampaikan maklumat anda itu.
2. Jujur kepada pembaca blog
Kenapa saya kata konten yang berkualiti itu penting? Dan, ia berkait rapat dengan kejujuran. Sebabnya.. bila pembaca singgah diblog berdasarkan tajuk entri anda.. tentulah mereka mengharapkan indah khabar dan rupa bukannya indah khabar dari rupa. Faham kah apa saya maksudkan? Bersikap jujurlah dengan pembaca blog anda. Jadi, tulis tajuk yang gempak biarlah isinya pun gempak. Bukan sekadar letak gambar semata-mata. Pembaca mesti frust sebab apa yang mereka klik tak dapat maklumat yang diharapkan.
3. Content is king!
Content is king!! Oleh sebab itu lah antara kriteria yang dipakai oleh Google untuk "detect" entri anda. Maka, tulisan yang berkualiti amat disukai oleh mak cik dan pak cik Google. Hihi! Jika tulisan anda tepat, menarik dan mudah difahami, pak cik Google pun suka, maka dengan senang hati pak cik Google akan naikkan entri anda pada enjin carian mereka. Cepatlah dapat ranking pertama pada enjin carian. Trafik masyuuuk.. insyaa Allah income pun masyuuuk!!
4. Engagement
Yaa! Pentingnya konten yang berkualiti supaya engagement pembaca pada blog anda makan masa lebih 1 minit. Lagi lama mereka merayau dalam blog anda, lagi bagus. Bounce rate pun menurun. Maka "nilai" blog anda tinggi pada pengiklan-pengiklan. Maka, banyak iklan yang bagus akan masuk di blog, itu pun jika anda pasang iklan Google seperti Adsense. Jika tidak, boleh je pasang banner iklan Affiliate, ada rezeki ada yang klik. Maka secara tak langsung anda dapat income sampingan dengan berblog.
Tapi jika anda tak minat dengan semua itu, berblog sekadar nak suka-suka.. its okay. Anda boleh buat apa saja di blog anda.
Tetapi nasihat saya.. gunakan blog untuk menyampaikan. Sampaikan dengan jujur dan sederhana. Jangan putus asa jika apa yang anda tulis belum sampai kepada audien yang sepatutnya. Kerana kerja berblog berkait rapat dengan menulis. Maka.. tulislah dari hati. Tulislah dengan gembira. Anda akan rasai perbezaannya.
Selamat berblog.
2 Comments
setuju! content is king :) nice info
ReplyDeletenak cari konten yang menarik tu yang susah.
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.