Bacalah Zikir Ini 40 Kali Selepas Solat keresahan akan hilang. Hadirlah ketenangan. Mintalah dan zikirlah dengan bersungguh hati. Bulat tekad dan sepenuh jiwa. Kalau kita meminta dan berzikir ala kadar, Allah pun akan beri sekadanya saja. Sebab Allah beri apa yang kita minta berdasarkan kesungguhan kita.
Orang yang rajin berdoa dan berzikir dengan kalam Allah.. akan dihadiahi satu rasa yang orang itu tak boleh nak lafazkan. Ia umpama satu terapi yang menarik segala kekusutan dalam hati. Jika anda tak pernah cuba lakukan zikir secara konsisten.. mengapa tak mulakan dari sekarang. Lakukanlah seikhlasnya. Allah Maha Mendengar. ALLAH Maha melihat.
Bacalah Zikir Ini 40 Kali Selepas Solat
Ya Allah, jadikan kami hamba-hambaMu yang terpilih dalam mencari jannahMu tanpa jemu.
Bacalah zikir Nabi Yunus di atas untuk keluar dari keresahan. Hilangkan kegusaran. Insyaa Allah, akan hadir ketenangan. Allah kan selalu ada setiap kali kita memerlukannya.
Laa ilaaha illa anta, subhaanaka inni kuntu minazh zhoolimiin..
Caranya:
Dibaca 40 kali setiap hari selepas solat. Lakukan dengan istiqamah.
Tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah.
Antara fadhilat membaca zikir atau doa ini adalah:
1. Dosa-dosa kita terhapus
2. Jiwa jadi tenang
3. Keresahan hilang
Dan, kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan tabah, redha dan bersangka baik kepada Allah. Kita tinggalkan yang lain dalam urusan Allah.
Teruskan berjalan di atas muka bumi ini dengan yakin dan bersemangat. Jika Allah berkehendakkan.. ia akan lakukan. Tiada kuasa yang boleh menghalang kehendak Allah.
Hinggalah datangnya, "kun fa yakun.."
Ketika itu menyesal pun tak berguna lagi.
Jadi, berhentilah menganiayai dan menzalimi manusia atau makhluk Allah yang lain. Kita hidup di dunia tak lama. Sementara je..
1 Comments
Jom kita amalkan..
ReplyDeleteBoleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.