Kesan Akibat Kurang Tidur. Baca penjelasannya. Bila usia meningkat, anda kena cukup tidur. Setidak-tidaknya tidurlah 8 jam sehari. Peruntukkan waktu untuk bekerja, makan, berehat, bermain dan waktu tidur. Dan jangan lupa, sebagai muslim, mesti beri ruang yang cukup untuk beribadah, sebagai makanan atau supplemet untuk jiwa!
Tak cukup tidur nampak macam benda remeh je tapi ramai yang tak ambil peduli dengan akibat buruk jika tidak cukup tidur.
Kesan Akibat Kurang Tidur Untuk Kesihatan. Baca Penjelasannya
Wanita yang kurang tidur akan mengalami #kemurungan dan kerap marah. Jadi kita orang perempuan, kena ubah gaya tidur supaya bukan sahaja #wajah lebih berseri tapi tidaklah kita jadi ‘singa’ sepanjang masa. Dan lagi parah kalau kena 5 penyakit ini.
MASALAH 1#: Wajah cepat berkedut/ bermasalah
Kalau tak cukup tidur, mesti akan ada #eyebag bawah mata. Buatkan wajah terus jadi tak cantik. Tak cukup tidur buatkan #kulit cepat berkedut. #Kulitkusam, #jerawat pun senang hinggap. .
MASALAH 2#: Nyanyuk & memori jadi lemah
Tak semestinya usia masih muda ingatan pun masih kuat. Kalau anda ni jenis suka lepak sampai ke pagi dan tak cukup tidur je, jangan terkejut tiba-tiba anda jadi pelupa. Tidur yang cukup menguatkan memori.
MASALAH 3#: Cepat #gemuk
Kalau asyik berjaga mestilah perut sentiasa lapar. Lagi parah bila lewat malam je nak makan. Memang gemuk la badan tu nanti. Belum lagi kalau jenis yang lepak mamak je sampai lewat malam.
MASALAH 4#: Emosi 'kelaut'
Kalau tak cukup tidur je mesti bad mood. Badan cepat penat dan suka marah-marah. Ini kerana otak tidak dapat dapat berfungsi dengan baik dan akan bertindak melulu tanpa berfikir panjang.
MASALAH 5#: Diserang penyakit
Jika tabiat tak cukup tidur anda tu berterusan, jangan terkejut jika anda diserang penyakit yang anda sendiri tak menduga seperti #darahtinggi.
Sumber : #MingguanWanita
Masih suka #tidur lambat ke? Sebelum terjebak, eloklah bijak uruskan masa untuk dapatkan rehat yang cukup! Tag kawan-kawan anda dan sebarkan untuk manfaat bersama. Bagi anda yang suka tidur lewat tuu. Kalau asyik bad mood je, cuba tanya adakah cukup tidur tak? Hiks!
InshaaAllah.
Kesimpulannya.. jangan tidur lewat terutamanya kepada kaun wanita di luar sana. Antara akibat tidur lewat dan tidak cukup tidur termasuklah, nak marah je, cepat tua, diserang penyakit terutamanya darah tinggi dan lain-lain lagi. So, jagalah waktu tidur anda ya.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.