Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Nagasari Yang Sedap

Resepi Kuih Nagasari Yang Sedap. Kuih nagasari ni inti dia hirisan pisang masak. Sedap lemak berkrim salutan tepung dia, yang guna tepung beras tu.. siapa tak kenal kan? Siapa yang berasal dari kampung mesti kenal kuih nagasari.

Untuk tak buang masa, jom saya share resepi kuih tradisional kegemaran ramai iaitu kuih nagasari. Pisang apa yang sedap nak buat inti dia? Ala.. sebarang.. semua jenis pisang masak boleh je. Saya pernah makan yang inti dia pisang nangka. Sedap sangat..

Inilah rupa kuih nagasari...

Resepi Kuih Nagasari Yang Sedap
Nampak sedap, kan?

Resepi Kuih Nagasari Yang Sedap


Bahan-bahan:

5 biji pisang raja - dibelah dua atau tiga
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
5 cawan santan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
2 helai daun pandan - disimpul
Daun pisang - secukupnya

Cara buat kuih Nagasari sedap lemak berkrim

1.Daun pisang dipotong pada saiz ini dan dilayurkan atas api supaya lembut

2. Pisang dikupas kulitnya dan dibelah dua atau tiga

Resepi Kuih Nagasari Yang Sedap

3. Semua tepung beras, tepung jagung, gula, garam dan santan dicampurkan. 

4. Kemudian digaul sebati dan ditapis. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan daun pandan dan dikacau di atas api sederhana besar hingga pekat dan berkilat.

5. Ambil sesenduk adunan tepung dan letak di atas daun pisang.

6. Letak sepotong pisang.

7. Lapis dengan sesenduk adunan tepung.

8. Bungkus kuih dengan melipat kiri dan kanan, kemudian lipat atas dan bawahnya dengan kemas.
Ulang langkah membungkus hingga habis.
Kukus kuih selama 15 hingga 20 minit.

Sejukkan dulu sebelum dihidang.

Bagi sesiapa yang tak pernah makan kuih nagasari, boleh lah dicuba resepi di atas. Ikut caranya langkah demi langkah pasti jadi. Tak perlu risau, okay..

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close