Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Spaghetti Carbonara Buat Sendiri Di Rumah Memang Mudah

Baru minggu lepas makan spaghetti carbonara kat Big Food Restaurant. Sedap sangat hinggakan anak bujang makan satu pinggan besar pun tak cukup. Tapi redha bila ibu dia ni kata cukuplah.. makan jangan berlebihan, tak elok.. haha 

Resepi ni pun viral kat facebook MAHN dan saya pun jadi member sekali.. 

Jom cuba resepi spaghetti carbonara ni kekawan..

Resepi Spaghetti Carbonara Buat Sendiri Di Rumah Memang Mudah

Resepi Spaghetti Carbonara Buat Sendiri Di Rumah Memang Mudah


Resepi Spaghetti Carbonara Buat Sendiri 


(Menu utk 15 orang makan)

Bahan-bahan:

Sos prego: 3 tin (pakai tin yang kecil)
Buttercup : 1/2 petak
Bawang besar : 3 biji ptong dadu
Bawang putih (lagi banyak lagi best) : 10 -15 ulas dihiris
Lada banggala (pakai warna warni baru cantik😇) : potong dadu
Hotdog (ayam/daging) : hiris tau..
Lada putih
Lada hitam
Cendawan butang: 1 tin
Maggie cukup rasa/ cube ayam (kalau perlu)
Garam secukup rasa
Air masak

Bahan-bahan yang telah dipotong kecil

Cara masak kuah spaghetti carbonara:


1#. Panaskan buttercup, tumiskan bawang putih dan merah sampai naik bau. Kemudian masukkan semua bahan-bahan tadi.. masak dengan api yang kecil.

2#. Tambahkan air masak, gaul dengan kerap ya.. last sekali letak garam sedikit..siap!!!!

**menu ini dah cukup pekat dan sesedap rasa dah, tak perlu tambah apa-apa.. perasa tu kalau suka boleh tambah, sebab sos prego tu dah sedap.. simple shj

Cara masak mi spaghetti;


1. Didihkan air dalam periuk. Masukkan sedikit garam dan minyak masak.


2. Masukkan spaghetti dalam periuk dan biarkan lembut. Lebih kurang 10 minit.


3. Angkat dan toskan. Gaulkan semula dengan minyak zaitun atau minyak masak. Biar lembut.


4. Dah siap. Boleh dihidangkan dengan kuah carbonara tadi. Curah di atasnya.

**ini sahaja barang yang diperlukan.

credit : Noor Hamidah‎ #mahn

Read More ....


Post a Comment

4 Comments

  1. Nampak sedapnya lahai..mmm nyum 🤤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap cik Suerin.. anak lelaki saya suka makan ni..

      Delete
  2. terasa nak oder lah menu ni. handal sekali memasak..tahnia, blog ni selalu saya klik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Etuza.. masak satu terapi yg bagus..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close