Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Solat Sunat Taubat Yang Paling Mudah. Tunaikanlah Sebelum Terlambat!

Cara Solat Sunat Taubat Yang Paling Mudah. Jom sama-sama kita tunaikan solat taubat yang mudah ni sebelum terlambat. Sebelum mati menjemput. Sebelum mata tertutup rapat. Saling mendoakan agar seluruh mukmin di muka bumi ni sering melaksanakan solat taubat dan memohon ampunan Allah atas dosa-dosa yang kita lakukan. Ada yang sengaja. Ada yang tidak. Kita kan manusia tak sempurna sifatnya. Manusia yang mudah lupa tujuan asal Allah lahirkan ke dunia ini.

Solat sunat taubat mudah je nak lakukan, tak mengambil masa kita lama-lama. Cuma kadang hati yang tak nak buat, bisikan dan hasutan syaitan yang menyuruh kita bertangguh dengan alasan usia masih muda. Allahu... muda atau tua, mati tak kira masa ya kawan-kawan. Ia tak ada isyarat. Tak ada yang boleh jangka. Jadi.. penuhkanlah penantian kita dengan kerja yang berfaedah. Jauhi maksiat. Hentikan maksiat. Mulakan ibadatmu yang telah lama kamu tangguhkan! Jom kekawan.. bersihkan diri kita dengan solat taubat Nasuha.


Cara Solat Sunat Taubat Yang Paling Mudah


Caranya amatlah mudah, sebagaimana yang dikongsikan oleh PU Amin. Yang penting jangan bertangguh. Mati tak menunggu kita. Setiap hari solat taubat lagi bagus, kerana setiap hari kita tak terlepas dari melakukan dosa besar dan dosa-dosa kecil. Semoga Allah meredhainya.. 

Cara yang amat simple buat solat taubat ni adalah dari penerangan ustaz Amirul Amin (PU Amin) yang di share dalam FB Sinar. Saya turunkan pula di blog agar lebih ramai boleh menunaikannya.

Cara Solat Sunat Taubat Yang Paling Mudah. Tunaikanlah Sebelum Terlambat!

Cara-cara solat taubat:


Solat taubat/ taaubat nasuha cara sama macam buat solat fardhu. Minima 2 rakaat dan maksima 6 rakaat.

1. Niat

2. Rakaat pertama : selepas Fatihah, surah al kafirun
3. Rakaat kedua : selepas Fatihah, surah al ikhlas
4. Dalam sujud terakhir : istighfar
5. Lepas bagi salam : baca istighfar dan Allahuakbar banyak-banyak, sampai anda jadi lembik dan takut nak buat maksiat

Paling ringkas solat taubat 2 rakaat je. Buat setiap kali terasa telah buat dosa. Mohon ampunan kepada Allah.

Bila hari-hari kita buat salah kepada makhluk dan berdosa kepada Allah, denda lah diri kita dengan solat taubat. Lama kelamaan kita akan berat nak buat dosa dah.. 

Semoga kita semua dalam pimpinan dan rahmat Allah yang sentiasa dilimpahi taufik dan hidayahNya.

Aameen...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close