Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Kenapa Jaga Hubungan Kita Dengan Allah Itu Penting?

Kenapa jaga hubungan kita dengan Allah itu penting!? Kenapa mesti nak berjaya dunia dan akhirat perlukan keberkatan dalam setiap perbuatan dan tindakan kita? Dari mana datangnya berkat? Siapa yang bagi? Sudah tentu keberkatan hidup datangnya dari redha Allah. Dalam apa jua tindakan kita, perbuatan kita di atas muka bumi ini mestilah mengharapkan keberkatan dan redha Allah kerana DIAlah yang memiliki segalanya. Kita hanya menumpang sementara di atas muka bumi ini. Tujuan utama hidup pun untuk beribadah kepada Allah. Mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Perkongsian di bawah ini daripada Ustaz Elyas Ismail yang boleh kita renungi dan jadikan panduan hidup.

Jaga hubungan kita dengan Allah, dan Allah akan jaga kita dalam semua perkara terutamanya dengan manusia. 

Kenapa Jaga Hubungan Kita Dengan Allah Itu Penting?


4 Bencana apabila kita melupakan Allah dalam hidup.

1) Serabut berpanjangan
2) Sibuk tiada kesudahan 
3) Duit tak pernah cukup
4) Cita-cita tak kesampaian

Kenapa Jaga Hubungan Kita Dengan Allah Itu Penting?

Kenapa Jaga Hubungan Kita Dengan Allah Itu Penting?


Sebab tu penting untuk kita jaga hubungan dengan Allah;

1. Cari keberkatan. Dalam apa jua kita buat, utamakan Allah. Niat kerana Allah. Minta doa dari Allah untuk lapangkanlah  dan selesaikan urusan dunia kita.

2. Jaga solat. Orang yang menjaga solat umpama menjaga hubungan dengan Allah.

3. Mulakan hidup sebelum subuh. Banyakkan solat taubat dan mohon ampun atas kesalahan kita.

4. Baca Al-Quran. Setiap hari baca Quran akan bantu perlahan-lahan perbaiki dalaman kita. 

5. Tulis jadual hidup 7 hari seminggu. Setiap jam nak buat apa, untuk apa. Perancangan akan buatkan tindakan kita lebih teratur. Urusan apa yang perlu diutamakan, dan urusan apa yang boleh ditunda.

Semoga bermanfaat. Sama-sama kita beringat dan beramal. Semoga memberikan kita taufik dan hidayah untuk berubah kepada sinar hidup yang lebih baik dan pada landasan jalan yang lurus.

Insyaa Allah.

Sumber: Ustaz Elyas Ismail

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close