Khasiat Buah Mengkudu Untuk Kesihatan - Buah mengkudu asalnya pohon yang tumbuh dalam hutan dan kurang mendapat perhatian kerana rupa buahnya yang agak unik, baunya yang kurang sedap bila dah masak dan rasanya pun agak pahit. Buah mengkudu berbentuk bujur dan berwarna kuning cair bila telah masak. Namun bila ada penemuan tentang khasiatnya yang amat banyak untuk rawatan alternatif kesihatan tubuh badan, maka pohon ini semakin banyak ditemui dengan mudahnya. Ada yang membuat ladang mengkudu demi mendapatkan khasiatnya secara berterusan.
Kini, mengkudu telah jadi sebahagian supplement kepada kesihatan tubuh badan.
Mengkudu yang nama lainnya dalam bahasa latin adalah morinda citrifolia, adalah jenis pohon tropika yang tak asing lagi bagi masyarakat kita. Meski sejumlah pakar masih meragukan khasiat buah ini bagi pengubatan sejumlah penyakit, namun masyarakat telah mempercayai khasiatnya, tak terkecuali untuk melembabkan dan menghaluskan kulit.
Sejumlah penemuan hasil penyelidikan mengungkap buah yang di Hawaii dinamai Noni itu memiliki zat fitokimia seperti asam lemak, lignan, alkaloida, beta-sitosterol, flavonoid, dan iridoid. Selain itu, mengkudu juga mengandungi xeronine, plant sterois, alizarin, lycine, sosium, caprylic acid, arginine, proxeronine, antra quinines, trace elemens, phenylalanine, magnesium, dan lainnya. #sumber
Pohon mengkudu |
Mengkudu juga disebut mampu memberantas sejumlah bakteria seperti Pseudomonas aeruginosa, Protens morganii, Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, dan Escherichia coli.
Khasiat Buah Mengkudu Untuk Kesihatan
Umum pun telah tahu bahawa buah Mengkudu banyak khasiatnya. Di negara kita pun telah banyak berada di pasaran jus buah Mengkudu yang menjadi alternatif rawatan masalah kesihatan selain ubat daripada doktor.
1. Dengan berbagai kandungan zat yang ada padanya, mengkudu juga kerap digunakan sebagai masker untuk kecantikan kulit. Misalnya untuk melembabkan dan menghaluskan kulit serta mencegah jerawat.
2. Ubat alami yang sangat mujarab dan sangat sesuai bagi seseorang yang terkena penyakit darah tinggi adalah dengan meminum jus mengkudu. Jus ini dinilai sangat mujarab sekali untuk dapat menurunkan darah tinggi. Kita boleh mengambilnya setiap hari. Ambil dalam sukatan yang disarankan.
3. Sakit kuning juga boleh diawat dengan buah Mengkudu. Tanda-tanda sakit kuning adalah bahagian tubuh menguning, berat badan menurun, kulit kerepot dan masih banyak lagi lainnya. Penelitian menunjukkan fakta bahwa mengkudu boleh menghilangkan sakit kuning yang dialami oleh penderitanya.
Cara penyediaannya adalah seperti berikut:Sediakan dua buah mengkudu yang telah masak dan mengeluarkan baunya. Haluskan mengkudu dan perah mengkudu. Masukkan madu ke dalam perahan mengkudu. Kacau hingga rata. Minum sebanyak tiga kali sehari.
4. Orang yang terkena racun makanan boleh diredakan menggunakan mengkudu. Hal itu kerana di dalam zat mengudu terdapat zat anti bakteria yang mampu menetralisir bakteria yang ada di dalam makanan yang beracun. Makanan beracun boleh disebabkan oleh makanan yang tercemar dan juga makanan yang diolah menggunakan bahan yang tidak bersih.
Ciri orang keracunan makanan adalah:- Muka pucat, Pening, mual dan muntah-muntah serta sakit perut.
5. Ubat antibiotik boleh diganti menggunakan mengkudu. Hal itu disebabkan di dalam mengkudu terdapat zat anti bakteria yang boleh membuat sakit gigi berkurangan dan hilang akibat bakteria penyebab sakit gigi telah dihilangkan.
6. Buah mengkudu memiliki zat berupa metil, asetil, asam kapril, morindone yang bemanfaat untuk menguatkan tulang dan meningkatkan kepadatan tulang di dalam tubuh. Orang yang tulangnya padat dan kuat akan terhindar dari berbagai macam penyakit tulang. Misalnya tulang rapuh atau oesteoporosis dan lainnya.
Kesimpulan
Khasiat buah mengkudu lainnya termasuklah boleh digunakan untuk melancarkan sistem peredaran darah, mengatasi infeksi, meredakan sakit batuk, mengatasi sakit kuning, mengubati radang usus, mengatasi sakit radang lambung, membasmi keracunan makanan, mengatasi radang tekak, mengubati sakit bronkitis, mengatasi radang kulit, mengubati sakit gigi, meringankan luka bakar, mengubati kudis kepala, mengatasi disentri serta cirit birit. Selain itu ia juga digunakan untuk meningkatkan tenaga, meringankan rasa sakit, meringankan demam, mengatasi ketumbuhan, membuat tulang menjadi sihat dan mencegah kulit bersisik.
Semoga bemanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.