Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

UTC Hanya Buka Sehingga Pukul 7 Petang Mulai 1 Januari 2019

UTC Buka Sehingga Pukul 7 Petang Mulai 1 Januari 2019. Kerajaan disarankan menutup Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang diilhamkan BN sebelum ini selepas mengubah waktu operasi sehingga jam 7 malam sahaja. Begitulah tulisan Najib Tun Razak di FBnya semalam. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata UTC sebelum ini di wujudkan bagi memudahkan rakyat berurusan sehingga jam 10 malam. Tetapi kini, sebaliknya akan berlaku.

Mulai tahun 2019, waktu operasi UTC bagi Semenanjung Malaysia adalah dari pukul 8.00 pagi hingga 7.00 petang.

UTC Buka Sehingga Pukul 7 Malam Mulai 1 Januari 2019


Beribu orang berurusan di UTC setiap hari terutamanya di luar waktu kerja. Kini, waktu operasi UTC akan tamat pada jam 7 petang mulai 1 Januari 2019.

Bekas PM Najib Razak berkata, “Baguslah. Daripada memberi kesenangan kepada rakyat, kini menyusahkan rakyat untuk berurusan dengan kerajaan. Baik tutup saja UTC,” katanya melalui status di Facebook, hari ini.

Beliau turut berkongsi surat pekeliling pertukaran waktu operasi UTC di seluruh negara bermula 1 Januari 2019 yang bermula jam 8 pagi hingga 7 petang.

UTC Hanya Buka Sehingga Pukul 7 Malam Mulai 1 Januari 2019

Sebelum ini, UTC seluruh negara beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 10 malam.

Sebelum perubahan ini disiarkan, UTC beroperasi hingga 10 malam bagi memberi kemudahan kepada sesiapa yang mahu berurusan di luar waktu pejabat.

Tujuan mengilhamkan UTC, adalah untuk menawarkan pelbagai perkhidmatan penting dan diperlukan rakyat di satu hab atau pusat sahaja.

Kenapa kerajaan terdahulu buka sehingga pukul 10 malam? Kerana, ramai yang bekerja kadang-kadang tidak dapat pengecualian daripada majikan untuk urusan peribadi.

Semoga pertukaran waktu operasi ini bersifat sementara je.. iyalah, bagi kami yang bekerja swasta, dan berpeluang menggunakan khidmat UTC pada waktu malam je. Jadi, UTC memang amat memudahkan urusan kami.

Selain itu, kalau nak pergi ke jabatan kerajaan pada waktu pejabat, memang sentiasa penuh orang. Parking sentiasa penuh. Bila tiba jabatan yang dituju, nombor pun dah habis.

Fikirkanlah keperluan rakyat! Bukannya kehendak peribadi sendiri.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Jelas dan nyata tu..ada jadual..terima kasih infor ni ya

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close