Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Demam Campak Dan Cara Merawatnya

Sakit Demam Campak Dan Cara Merawatnya. Semua orang pernah kena demam campak, dari yang kecil atau pun orang dewasa. Tapi, biasanya demam campak kena kat kanak-kanak. Bagi kebanyakan kita, demam campak kurang berbahaya berbanding penyakit lainnya. Sebab tu, waktu kecil ibubapa kita tak bawa anak yang kena demam campak ke hospital pun. Rawat sendiri aje.. minum air banyak. Minum air badak pun ada.. hehe, semua mesti pernah dengar air badak kan??

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.

Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini. #sumber 


Sakit Demam Campak Dan Cara Merawatnya


Demam Campak Dan Cara Merawatnya

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

● Demam tinggi.
● Batuk, selesema dan sakit tekak.
● Mata berair dan sensitif kepada cahaya.
● Sakit otot.

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Tiada rawatan untuk demam campak?


Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:

● Panadol untuk mengurangkan demam.
● Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.
● Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).

Cara Cegah Demam Campak


Boleh cegah demamnya. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.

Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.

MMR adalah vaksin yang selamat.

Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.

Semoga info tentang demam campak di atas menambahkan pengetahuan tentang penyakit tersebut. Share kepada rakan-rakan jika bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close