Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikan Keli Masak Berlada

Ikan Keli Masak berlada. Hai.. selamat pagi guyss. Ruang resepi dalam blog aynorablogs kali ni akan share satu resepi yang pertama kali saya dengar iaitu resepi ikan keli masak berlado. Bila saya semak resepinya, lebih kurang dengan masak berlada. Ahh.. sama rupanya.

Ikan keli sedap masak apa pun, masak cili, asam pedas, lemak cili api.. cuma masak kari ikan keli je saya belum cuba. Sedap kaa? 

So, mari sama-sama kita tengok bahan-bahan nak buat keli masak berlado atau berlada ni.

Ikan Keli Masak Berlada

Ikan Keli Masak Berlada


Resepi saya ambil dari sebuah blog, dah lama dah.. tak pasti yang mana satu. Saya share kat sini pulak takut hilang resepi ni yang saya safe kat folder...

Bahan-bahan:

2 ekor ikan keli, saiz sederhana
1 camca teh serbuk kunyit
1/2 camca teh garam
3 - 4 biji limau kasturi, perah jusnya
1 1/2 camca teh gula
Sos ikan secukup rasa

BAHAN - BAHAN KISAR

6 biji cili merah
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, dihiris

CARA MEMBUATNYA:


1. Ikan keli disiang, kemudian kerat pada beberapa bahagian. Supaya senang digoreng dan tidak meletup Cuci, toskan dan gaul dengan 1 camca besar tepung gandum.

2. Perap 10 minit kemudian bilas. Gaulkan pulak dengan sedikit jus limau kasturi hingga rata dan perap sekejap. Cuci kembali, toskan dan masukkan serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan goreng hingga ikan masak.

Ikan Keli Masak Berlada

Ikan Keli Masak Berlada

3. Angkat dan ketepikan.

4. Panaskan 3 camca besar minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan kisar hingga bau harum. Masukkan gula dan kacau rata, tambah sos ikan secukup rasa, kacau

Ikan Keli Masak Berlada

5. Masukkan ikan keli goreng. Gaul hingga rata dan masak dengan api kecil.

6. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi (letak sikit dulu, rasa dan jika perlu baru tambah lagi), kacau rata dan rasa, jika ok  boleh matikan api.

Hidangkan bersama nasi panas, telur dadar. 

Siap dah. Selamat mencuba. Tak pasti pulak kenapa dipanggil resepi berlado, tetapi cara penyediaan bahan-bahan, ada juga cara nak masak berlada. Cuma masak berlada saya tak bubuh segala jintan tu..

Bagaimana, okay tak bahan-bahan dan cara ikan keli masak berlado tu? Kalau anda tak makan ikan keli, boleh juga tukar ikan lain seperti puyu, sembilang dan sebagainya. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close