Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Sandwich Telur Dengan Mayonis Yang Amat Simple

Sandwich Telur Dengan Mayonis Yang Amat Simple. Pagi minggu macam ni, bila aktiviti mengemas dah siap.. baru terfikir nak breakfast apa agaknya? Kat atas meja ada lebihan roti gardenia. Tengok peti ais ada telur bersusun. Àrgh.. buat sandwich pun sedap. Mayonis pun ada.. jom kita breakfast sandwich telur dengan mayonis.

Resepi sandwich telur dengan mayonis ni sesiapa pun boleh buat, dengan 2 atau 3 langkah je dah siap dan boleh dimakan sandwich kita tu..

Sandwich Telur Dengan Mayonis Yang Amat Simple


Sandwich Telur Dengan Mayonis Yang Amat Simple

Sandwich Telur Dengan Mayonis Yang Amat Simple
Antara sandwich yang boleh dihasilkan

Bahan-bahan:

4 biji telur ~ di rebus
2 sudu besar mayonis 
2 sudu besar coleslaw ~ option nak letak boleh tak letak pun tak apa 
1 sudu teh lemon jus 
1 sudu teh serbuk lada hitam 
1/2 sudu teh garam halus 

** Lenyek semua bahan di atas sekaligus

Cara menyediakannya:


2 buku roti wholemeal ~ jika nak guna roti biasa, pastikan roti tu jenis yang keras sikit, sebab roti yang terlalu lembut tidak sesuai. 
2 biji tomato ~ hiris nipis 

1. Buang kulit tepi roti dan hiris bentuk segi tiga, ikut suka pun boleh

2. Bahan-bahan di atas dilenyek dulu, kemudian bubuh di atas kepingan roti. Letak sehiris tomato. Lapikkan roti lain di atasnya.

Sandwich Telur Dengan Mayonis Yang Amat Simple

Sandwich Telur Dengan Mayonis Yang Amat Simple
Telur rebus dan bahan-bahan lain
yang telah dilenyek

3. Siap untuk dimakan.

Mudah dan ringkas je roti sandwich telur dengan mayonis ni. Saya tsk letak bawang atau cili sebab anak kecil saya tak berapa gemarkan bahan-bahan lain di dalamnya. Mayonis dengan telur rebus hancur pun dah sedap.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Saya pun biasa buat cam nie, buh sayur pun nnt anak2 korek buang.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close