Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Selamat Tahun Baru 2019 Daripada AYNORABLOGS!

Selamat Tahun Baru 2019 Daripada Aynorablogs! Selamat datang mentari pagi yang indah, semoga terus menerangi dan menyinari hari-hariku sepanjang tahun 2019 ini. Semoga blog picisan ini akan terus melahirkan entri setiap hari dengan membawa harapan dan meninggalkan manfaat kepada para pembacanya.

Blog adalah salah satu saluran golongan marhein macam saya untuk menyatakan sesuatu. Samada yang baik, yang membuka minda, sesuatu yang tidak betul, sesuatu yang perlu diperbetulkan.. dan banyak lagi, semuanya boleh disuarakan di blog. Namun kena ingat, walau apa yang anda tulis, anda kena bertanggungjawab atas tulisan anda itu.

Selamat Tahun Baru 2019 Daripada Rasa Dan Tips Blog!
Harapan tahun baru, hari yang cerah dan damai

Selamat Tahun Baru 2019 Daripada AynoraBlog!


Nak tulis apa pada entri pertama tahun 2019 ya? Sekadar nak ucapkan selamat tahun baru 2019. Memang tahun baru, ada tak azam baru? Saya dah tulis dah azam baru saya. Anda boleh baca di sini..

Dalam menulis blog, adakala kita tak perasan. Ungkapan kita mungkin tak disenangi. Ada yang cemburu, ada yang kata kita riak bila menunjukkan sesuatu di luar lingkungan peribadi. Sebenarnya tujuan asal sekadar berkongsi info. Tu lah.. tak semua orang sama fikiran macam kita. Jadi, kalau nak tulis kisah peribadi, timbang tolak dulu kesannya. Jika hati nurani kata niat yang baik, maka teruskan.

Bercerita santai tentang blog.. apa agaknya iklan percuma yang sesuai di letakkan dalam blog dan sentiasa mendatangkan hasil. Bila saya lihat trend sepanjang tahun 2018 di blog saya, paling berbaloi adalah pasang iklan Nuffnang dan Adsense.

Sebab apa saya kata berbaloi? Kerana.. bila ada orang klik iklan kita, kita dah boleh dapat income walau sekadar 0.05 sahaja. Lama-lama kumpul pun boleh dapat beli top up kan? Orang tak perlu membeli bagi membolehkan kita dapat komisen atau income. Tak buat promo pun boleh jana income, tapi ciput la. Hehe.. jika nak income besar, kena rajin buat review sikit. Barulah orang nampak usaha kita.

Siapa yang rajin buat copy writing, boleh promo produk Affiliate yang berlambak sekarang ni. Saya pasang iklan klikjer.com untuk jana income pasif dari program Affiliate. Ada orang beli, dapat lah kita komisen. Tapi yang syioknya, komisen dari produk Affiliate besar jumlahnya. Kena rajin promosi je, boleh kan? Nak kaya pun bukan senang dik non!!

Apa saya membebel ni? Apa kisah! Blog sendiri.. tulis lah apa nak tulis, ya dak? Haha..

Sekadar perkongsian, inilah apa yang saya lalui sepanjang tahun 2018. Blog rasa dan tips tak berapa berjaya dari segi income tetapi kerana MINAT, saya tetap menulis secara puratanya sehari satu entri. 

Sepanjang tahun 2018, saya berjaya menghasilkan 392 entri. Rujuk di bawah..


Hampir dalam setiap bulan saya tak pernah gagal menghasilkan entri. Kecuali dalam bulan JUN dan JULAI.. ketika itu ada masalah sikit dengan handphone saya. Sebab.. saya buat entri guna handphone. Lebih privacy dan lebih banyak idea. Hehe..

Okay la.. selamat tahun baru 2019. Semoga aura kebaikan dan kejayaan mengiringi perjalanan hidup kita di atas muka bumi ini.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close