Inilah 10 Jenis Rezeki Jom Kenali Rahsianya. Ajal, maut, jodoh, rezeki itu semua rahsia Allah. Kita hanya mampu berusaha dengan terbaik dan berdoa agar segala usaha membawa kita kepada akhiran hidup yang bahagia dan baik. Yang rahsia itu semua kerja Allah, sesekali Dia menguji, sesekali Dia memberikan apa yang kita pinta tanpa kita duga. Dan dari kesekian kalinya, tanpa kita sedar diberikan kita rezeki dari pelbagai sudut yang membolehkan kita mengecapi kesenangan dalam setiap perbuatan kita.
Antara rahsia Allah yang amat luas dan besar adalah rezeki. Ada rezeki datangnya daripada nilai sedekah yang kita keluarkan, ada rezeki datangnya dari anak-anak yang kita jaga amanah Allah itu dan banyak lagi jenis rezeki yang Allah sediakan buat setiap makhluknya.
Antara rahsia Allah yang amat luas dan besar adalah rezeki. Ada rezeki datangnya daripada nilai sedekah yang kita keluarkan, ada rezeki datangnya dari anak-anak yang kita jaga amanah Allah itu dan banyak lagi jenis rezeki yang Allah sediakan buat setiap makhluknya.
Inilah 10 Jenis Rezeki Jom Kenalinya
KENALI 10 JENIS REZEKI bagi yang masih belum tahu. Setiap orang telah ditentukan rezeki masing-masing dari Luh Mahfuz lagi. Itu semuya rahsia Allah. Sebab itu bila ada kelahiran baru umat Nabi Muhamad, bayi itu membawa sekali rezekinya ke alam dunia ini.
1. Rezeki Yang Telah Dijamin
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya" (Q.S.11:6)
2. Rezeki Kerana Usaha
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"_ (Q.S.53:39)
3. Rezeki Kerana Bersyukur
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"_ (Q.S.14:7)
4. Rezeki Yang Tak Disangka-Sangka
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"_ (QS. At Thalaq :2)
5. Rezeki Kerana Istighfar
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta”_ (QS. 71 : 10-11)
6. Rezeki Kerana Menikah
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”_ (QS. an-Nur : 32)
7. Rezeki Kerana Anak
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”_ (QS. al-Isra 31)
8. Rezeki Kerana Sedekah
"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak"_ (QS. Al Baqarah 245)
9. Rezeki Kerana Keberkatan Berpagi-Pagian
Rasulullah SAW bersabda : "Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari."_ (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
10. Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”_ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)." (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.