Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Masa Akan Merawat Luka, Please Move On!

Masa Akan Merawat Luka, Sila Move On. Setiap orang diduga dengan cara yang berbeza-beza. Ada diduga dengan kematian keluarga terdekat. Ada yang diduga dengan kehilangan orang yang tersayang kerana sidia berubah hati. Ada juga ujian datangnya sewaktu kita tidak bersedia. Datangnya secara tiba-tiba. Mungkin kita benci dengan segala yang Allah takdirkan tetapi itulah yang terbaik buat kita pada ketika itu. Allah ambil orang yang kita sayang bukan kerana Dia benci tetapi ada sesuatu yang Allah nak gantikan yang lebih baik dan lebih kita perlu.

Doa nak move on...

Ya Allah, limpahkanlah ganjaran pahala atas musibah yang menimpaku dan gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik darinya." 


Masa Akan Merawat Luka, Please Move On!


Fasa Move on. Ada beberapa fasa yang boleh ajar kita move on dari kejadian lepas-lepas. Bukan senang nak move on terutamanya bagi mereka yang terluka teruk. Rasa dikhianati, dipandang rendah, diabaikan.. akan menjadikan seseorang itu pendendam. Namun diharap perkongsian fasa-fasa move on nanti akan merawat luka anda. Masa akan merawat luka!

Fasa Pertama: Reminiscing & Retracting (Mengenang kembali & menarik kembali) 


Fasa ini paling kritikal, waktu ini anda akan rasa sedih, menangis meratap sebab anda akan kenang balik semua kenangan korang dengan bekas (ex) anda tu. Anda akan tengok gambar, dengar balik voice msg, waktu ini anda taknak jumpa dengan sesiapa nak bersendiri. ada ketika anda akan rasa nak merayu dan call balik sebab tak boleh terima hakikat kehilangan dia. Anda akan menangis seorang diri, akan ada perasaan rindu sangat dengan dia dan semua kenangan dengan dia.. Jujur perasaan itu teruk sangat. Anda akan rasa macam nak mati, tak berguna. Waktu inilah anda akan jadi messy sangat. Semua tempat yang anda pergi, akan ingat kenangan dengan sidia, (Sebab tu fasa ni kritikal, ramai orang buat tindakan tak sepatutnya dalam fasa ini). Waktu ini kawan-kawan bagi nasihat semua anda takkan dengar. Apapun kawan-kawan cakap takkan melegakan hati langsung sebab anda hanya nak dia kembali!!! Sebab tu fasa ni fasa paling kritikal dan jangan tinggalkan kawan-kawan yang telah ditinggalkan itu keseorangan., kalau boleh temani dia dalam waktu sukarnya itu.. 

Fasa kedua: Release (Melepaskan)


Fasa ini paling lama bagi sesetengah orang, anda akan rasa sedikit tenang, waktu ini anda boleh bercerita dengan kawan-kawan pasal EX anda tapi kali ini tanpa air mata. Anda akan kurang nak tengok 'stalk' atau rasa nak contact dia. Paling penting anda dah boleh start berkawan dengan lelaki/ perempuan tapi hanya sekadar kawan sebab masih ada rindu akan Ex anda. Serba sedikit anda akan mampu buang sedikit demi sedikit kenangan, tapi hakikatnya hampir setengah tahun jugak baru betul-betul bebas dari fasa ini sebab setiap malam anda masih nangis sebelum tidur selama waktu ini walau siang anda ok dan bekerja macam biasa. Melepaskan dan boleh hidup bermasyarakat kembali tapi bila malam menjelma itulah saat paling berat nak dilalui...

Fasa ketiga: Rebuilding (Bangun Semula)


Fasa ini anda akan rasa lebih baik, semangat baru datang semula dan waktu macam inilah anda akan rasa rindu nak bersosial dan buat aktiviti yang anda suka seperti travel, shopping, dan aktiviti yang memberi kebahagian untuk diri anda sendiri. Fasa ini anda akan rasa dan nampak kehidupan anda walau tanpa dia. Walau ada satu ketika anda akan teringat dekat dia tapi kenangan itu dah tak boleh membunuh jiwa anda.

"Sometimes no matter how hard you try, something can always hold you back from moving on, lingering memory, false hope, and you will fall back a few step but if you can be strong you will finally make it up!" 

Fasa Keempat: Renewed (Menggantikan) 


Fasa ini, anda akan nampak hakikatnya dunia ini penuh dengan kebahagiaan, hidup lebih dari sekadar kesedihan dan meratap kelukaan. Anda akan lebih bersemangat dan tak sabar nak harungi setiap kemungkinan dan cabaran baru. Waktu ini bukan lagi anda nak cari pengganti Ex tapi lebih kepada mencari siapa diri anda. Waktu ini segala fokus untuk menjadikan diri anda lebih baik.Tak akan ada yang menghalang anda untuk mencapai cita-cita dan impian. Waktu ini anda akan rasa tanda bahagia bukan bila anda ada pasangan tapi bahagia bila anda sayang diri sendiri lebih dari anda sayang orang lain.

Setiap orang yang melalui perpisahan akan lalui 4 fasa ini cuma setiap orang masanya berbeza. Sebab cara kita berfikir dan cara kita uruskan emosi berbeza. Jujurnya, ada yang memakan masa yang lama untuk melepasi setiap fasa, dan anda masih dalam fasa kedua dan ketiga (turun naik) walau dah hampir beberapa bulan berpisah.. Jadi kalau siapa yang masih di fasa pertama, tabahkan hati. Percayalah masa akan merawat luka. 

Diharapkan sesiapa yang mengalami kesukaran dalam perpisahan.Moga kita sama-sama akan bertemu dengan pasangan yang baik untuk dunia akhirat kita.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close