Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Pelaksanaan Bayaran Haji Bagi Tahun 2019M/1440H

Pelaksanaan Bayaran Haji Bagi Tahun 2019M/1440H. Untuk rujukan para pembaca dan bakal haji apda tahun ini 2019, saya sertakan cara bayaran nak pergi haji. Coretan ini sekadar perkongsian yang saya panjangkan dari website Tabung Haji. Mungkin ada yang terlepas pandang, maka sama-sama kita kongsikan agar kita lebih bersedia apabila berada di dalam situasi yang berkenaan.

Selain itu, anda boleh layari terus ke laman web Tabung Haji untuk keterangan lanjut.

Pelaksanaan Bayaran Haji Bagi Tahun 2019M/1440H

Pelaksanaan Bayaran Haji Bagi Tahun 2019M/1440H


YBhg. Datuk/Dato’ Sri/Datin/Tuan/Puan, PELAKSANAAN BAYARAN HAJI BAGI TAHUN 2019M/1440H

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan pelaksanan bayaran haji bagi tahun 2019M/1440H untuk tindakan pihak YBhg. Dato’ Seri / Datuk/ Dato’ / Datin / Tuan / Puan. 

Bayaran haji KEKAL RM9,980 bagi tahun 2019M/1440H 

Kos haji tahun 2019M/1440H telah meningkat ke RM22,900 seorang jemaah 

Bayaran haji masih kekal RM9,980 TH dijangka menanggung keseluruhan subsidi sebanyak ≥300 juta. Subsidi seorang jemaah adalah RM12,920 atau bersamaan 56% dari kos haji Rayuan Haji bagi semua kategori Muassasah 

Bayaran penuh sebanyak RM22,900 bagi yang membuat rayuan dan pergi melalui Muassasah. 

Semua kategori rayuan termasuk rayuan mahram, lanjut usia 75 tahun ke atas, faktor kesihatan, mengiring keluarga dan lain-lain bentuk rayuan haji. 

Menerapkan konsep ‘Istito’ah’ (berkemampuan) dalam pelaksanaan haji 

Jemaah haji menunaikan ibadat haji lebih awal dari tahun peruntukan dan tidak layak mendapat subsidi haji. 

TIADA Pendaftaran Semula Haji bagi yang pernah Tunai Haji 

Memberi tumpuan dan peluang kepada Jemaah kali pertama 

Memendekkan tempoh giliran menunggu. Pelaksanaan ini berkuatkuasa dengan serta merta, hari ini. 

Disertakan FAQ berkenaan bayaran haji ini untuk rujukan dan panduan selanjutnya. 

Mohon jasabaik dan kerjasama pihak YBhg Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk memanjangkan maklumat ini kepada kesemua Anggota. 

Sila berhubung dengan Bahagian HAKK sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini. Kerjasama yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian dimaklumkan. 

Anis Zuhani Ahmad 
Pengurus Besar 
Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan


Contoh pelaksanaannya:


Antara contoh-contoh yg diberikan oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki berdasarkan pengalamannya ketika menjadi menteri di JPM dahulu...

Kes-kes rayuan biasa yang sampai kepada saya dulu, antaranya: 

1. Isteri dapat giliran tahun tersebut, manakala suami tahun berikutnya. Kedua-dua kali pertama. Suami merayu sebagai mahram isteri. Kalau dasar baru suami kena bayar caj penuh RM22,900 sedangkan dia baru kali pertama berbanding isteri hanya RM9,980. Mana si suami nak cari lagi RM12,920) 

2. Ibu dapat pergi haji tetapi suami yang sepatutnya pergi sekali tahun tersebut meninggal dunia. Anak lelaki mohon rayuan. Sekali lagi kesian untuk si anak terpaksa bayar penuh sedangkan dia kali pertama tunaikan haji. 

3. Pak Mat yang sudah mencecah 75 tahun tapi masih sihat dan merayu untuk haji. Giliran beliau sepatutnya 10 tahun lagi. Dia merayu tapi kalau ikut dasar baru kena bayar penuh sedangkan Pak Mat hanyalah penoreh getah. 

Banyak lagi situasi2 lain yang saya sendiri lalui ketika menjadi Timbalan Menteri di JPM. Antara contoh2 yg diberikan oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki...

FB Official : Lembaga Tabung Haji. 

Asalamualaikum w.b.t.

Untuk makluman tuan/puan wang bayaran haji KEKAL RM9980 bagi tahun 2019M/1440H

Syarat Kelayakan untuk mendapat Wang Bayaran Haji (WBH) RM 9980 adalah Bakal Haji (BH) yang terpilih pada tahun semasa dimana peruntukan tunai haji adalah pada tahun ini buat kali pertama secara Muassasah.

Bagi yang membuat rayuan seperti rayuan mahram, pengiring lanjut usia, dan sebagainya dan berjaya, ini bermakna mereka pergi menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan dan tidak layak mendapat subsidi haji dan Wang Bayaran Haji adalah sebanyak RM22,900 pertama kali secara Muassasah, manakala RM25,100 kali kedua.

TH memulakan pelaksanaan seperti ini kerana setelah berpuas hati bahawa syarat istitoah yang ditekankan beberapa tahun difahami oleh sebilangan besar umat islam dan syarat istitoah adalah seperti berikut:-

1. Terpilih dalam kuota haji
2. Kemampuan untuk mengerjakan haji
3. Sihat tubuh badan
4. Keamanan dalam perjalanan
5. Ditemani mahram

Walaubagaimanapun Bakal Haji giliran peruntukan tahun terdahulu dan merayu pada tahun semasa, maka jika terpilih pada tahun ini akan mendapat subsidi haji sekiranya tunai haji kali pertama secara Muassasah.

Ini adalah kerana mereka tidak pergi menunaikan haji lebih awal dari tahun peruntukan. Syarat ini terpakai bermula 14 Februari 2019 kehadapan. Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close