Petua Cili Padi Tahan Lama Tak Busuk. Selalu ada masalah cili padi cepat rosak? Jangan risau. Ada petua dan cara yang boleh dilakukan agar cili padi anda tahan lama. Lebih sebulan pun boleh.. hehe
Cili padi memang tak tahan lama terutamanya apabila telah tercemar dengan minyak. Tak tahu kenapa..
Lagi satu, cili padi cepat busuk apabila tak dibuang batangnya ketika menyimpan. Batang cili padi cepat layu dan busuk serta berair. Tu yang jangkit dengan buahnya. So, berhati-hatilah ya..
Petua Cili Padi Tahan Lama Tak Busuk
Anda dah tahu cara atau petua agar cili padi tahan lama? Tak busuk atau benyek.. rosak dan berair.
Petua agar cili padi tahan lama dalam peti ais anda. Mula sekali anda basuh bersih cili padi tu. Toskan. Tanggalkan batangnya dari cili.
Kemudian masukkan dalam mangkuk atau tupperware, alas kan dulu dengan tisu dapur. Untuk tahan lama, masukkan 1 ulas bawang putih yang telah di buang kulitnya. Tutup tupperware anda dan simpan dalam peti ais.
Kalau anda ikut petua yang saya kongsikan ni, insyaa Allah cili padi anda boleh tahan sebulan dan lebih dalam peti ais. Tak rosak atau busuk pun..
Okay.. selamat mencuba.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.