Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rumah Ini Syurga Tempat Membesar, Tempat Bermain

Pemandangan Indah Tempat Membesar, Tempat Bermain. Tempat kita bermain dan membesar.. memang banyak kenangannya.. pandang semua benda dalam rumah dan sekeliling rumah, ada saja yang menerjah kotak kenangan. Inilah pengalaman hidup yang tak dijual beli. Dan, setiap dari kita pasti melalui pengalaman yang berbeza-beza sewaktu dibesarkan. Betul tak?

Di bawah ini saya kongsikan sedikit gambar rumah keluarga kami yang telah menjadi rumah syurga kami ketika membesar dan bermain. Walau ini bukanlah rumah kami dilahirkan tetapi.. di sinilah kami tujuh beradik bergaduh, makan, tidur, bermain.. bersama-sama.

Rumah Ini Syurga Tempat Membesar, Tempat Bermain


Tak ada apa sangat yang saya nak tunjukkan.. sekadar berkongsi gambar kawasan rumah tempat saya dibesarkan. Terimalah seadanya.. oh ya, rumah kami ni terletak di atas bukit. So.. nampaklah pemandangan bumbung rumah jiran hadapan ya..

Rumah syurga keluargaku

Pemandangan hadapan rumah.. kawasan parking kereta. Kali ini hanya saya sekeluarga yang pulang.. jadi kawasan parking amatlah lapang.. haha

Rumah syurga tempat bermain

Gambar atas .. anjung rumah. Sekarang ni dah jadi port merokok bagi anak menantu, almaklum sekarang kan dah kena jarak 3 meter.. hehe



Rumah Ini Syurga Tempat Membesar, Tempat Bermain

Dua keping gambar atas, kawasan ruang tamu. Luas.. lapang..


Ruang tengah.. rak buku yang dah berkurun umurnya. Tapi masih gah menampung buku yang semakin bertambah.


Atas.. bilik kedua, bilik salin baju. Bilik utama sedang digunakan.. tak dapat snap picture, haha....

Ada satu lagi bilik sembahyang dan bilik bag jika semua balik bercuti..

Walau teratak usang keluarga kami ini comel saja tapi cukup untuk menampung 7 beradik dengan ahli keluarga jika serentak balik bercuti.

Jika sekali pandang, mesti korang akan kata bersihnya rumah. Ya! Memang bersih! Bonda kami amat pembersih, kerjanya menyapu saja tak berhenti. Kita yang anak-anak pun tak larat nak menyapu dan mengemas, tapi bonda kami teramat rajin. 

Read More ....


Post a Comment

2 Comments

  1. wahhh.. rumahku syurgaku.. 😘😘bestnya blik kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay CM! Memang nostalgia selalu bila balik kg kan..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close