Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Zikir Sayyidul Istighfar Penenang Hati

Zikir Sayyidul Istighfar Penenang Hati. Bacaan istighfar yang sering dibaca di mulut dan hati memang amat berkesan dijadikan terapi diri. Ada yang menyebutnya semudah "Astagfirullah" sahaja, itu pun dah memadai. Nak lebih panjang, boleh disebut.. "Astagfirullah hal adziim". Dan ada banyak lagi lantunan zikir istighfar yang boleh diamalkan. Yang penting istiqamah. Nak baca 33 kali selepas solat pun boleh, nak baca 100 kali pun boleh, dan dalam mengisi masa lapang baca 1000 kali pun sangat bagus. Amalkanlah selagi kita masih berdaya menyebutnya. Kerana, disitulah kita mengharapkan ampunan Allah dalam setiap dosa-dosa yang kita lakukan sehari-hari.


Dalam pada itu, kita juga boleh amalkan zikir Sayyidul Istighfar sebagai amalan tambahan kepada zikir yang kita lakukan sediaada. Menambah baik setiap amalan supaya kita sendiri jadi lebih baik dari sehari ke sehari.


Zikir Sayyidul Istighfar Penenang Hati


Zikir adalah satu terapi. Jom amalkan zikir Sayyidul Istighfar untuk mohon redha, ampun dan sebagai terapi penenang hati. Insyaa Allah..

Cara bacaan zikir seperti dalam rajah di bawah:

Allahumma anta rabbi laila hailla anta | Halaq tani waana a'bduka | Waana a'la a'hdika wa wa'dikamasta'tu Au'zubika minsharima sa'na'tu | Abu ulaka bini'matika a'laiya waabu ubidzanbi | Faghfirli Fainnahu la yaghfiruzzunu bailla anta | Ya Allah engkau tuhanku tiada tuhan selain engkau Engkau ciptakan aku dan aku hambamu Dan aku berada dalam janjimu menurut kemampuanku Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang ku lakukan Aku sedari nikmatMu kepada ku Dan ku sedari akan dosa-dosa ku Ampuni aku Ampuni aku Ampuni aku Kerna sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa Kecuali Engkau

Sayyidul Istighfar dalam rumi:


Allahumma anta rabbi laila hailla anta 
Halaq tani waana a'bduka Waana a'la a'hdika 
wa wa'dikamasta'tu 
Au'zubika minsharima sona'tu
Abu ulaka bini'matika a'laiya
waabu ubidzanbi Faghfirli 
Fainnahu la yaghfiruzzunu bailla anta 

Maksudnya:


Ya Allah engkau tuhanku tiada Tuhan selain engkau, Engkau ciptakan aku dan aku hambamu 
Dan aku berada dalam janjimu menurut kemampuanku 
Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang ku lakukan 
Aku sedari nikmatMu kepada ku Dan ku sedari akan dosa-dosa ku 
Ampuni aku Ampuni aku Ampuni aku 
Kerana sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa Kecuali Engkau

Fadhilat membaca penghulu istighfar :


Dari Syaddad bin Aus ra. dari Rasulullah saw. bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta……".

Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga. (HR. Bukhari)

Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Antara kelebihannya adalah:

1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)

4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)

5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)

Semoga amalan zikir Sayyidul Istighfar ini dapat kita amalkan dan hafal sebagai bacaan sehari-hari. Sesungguhnya kita ini hamba pendosa, hanya ampunan Allah sahaja yang kita harapkan. Subhanallah..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close