Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Amalan Bagi Elak Lupa Apa Yang Dihafal Dan Dipelajari

Amalan Bagi Elak Lupa Apa Yang Dihafal Dan Dipelajari. Amalan dari ayat al Quran untuk anak-anak yang duduk exam penting seperti UPSR, PT3 dan SPM. Agar amalan ayat al Quran dari surah al a'la. Ini adalah perkongsian dari Pencetus Ummah Saudara Salman.

Selain itu, bagi anda yang nak menyampaikan ceramah, ucapan perasmian yang agak besar, dan juga pelajar yang nak masuk pertandingan bahas dan pidato pun bagus jugak amalkan panduan ini.

Amalan Bagi Elak Lupa Apa Yang Dihafal Dan Dipelajari


Amalan Bagi Elak Lupa Apa Yang Dihafal Dan Dipelajari


Tadi masa PU Salman ceramah, dia selit satu amalan 'mahal' yang sesuai diamalkan oleh semua calon yang bakal menduduki peperiksaan.

Tak kiralah exam apa sekali pun. UPSR ke, PT3 ke, SPM ke, peringkat Universiti ke... semuanya boleh. Ini amalan yang boleh mengelakkan lupa apa jua ilmu yang telah dihafal dan dipelajari. Senang saja amalannya.

1) Sebaiknya berwuduk dahulu.
2) Ambil segelas air kosong.
3) Baca Surah Al A'la ini.
4) Sampai ayat ke-enam "Sanuk riu ka fala tannsa" ulang 7x (tujuh kali) kemudian tiup dalam air, (tiup sekadar buat syarat je).
5) Sambung bacaan hingga akhir ayat.
6) Minum air tersebut dan niatkan agar ilmu yang dihafal dan dipelajari tidak lupa semasa peperiksaan.

Sangat baik diamalkan dipagi hari peperiksaan.

Untuk amalan setiap hari pun bagus juga. Namun kalau boleh, pagi hari peperiksaan itu wajibkan diri buat ya.

Suruh anak buat, ibu bapa pun boleh juga baca sama, tiup dan doakan.

Sesungguhnya tiada kejayaan tanpa redha Allah taala. Silalah #SHARE ilmu mahal ini agar ramai dapat manfaat. Kita usaha, selebihnya serah saja pada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close