Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Amalan Cara Pindah Rumah Baru Bagi Orang Islam

Amalan Cara Pindah Rumah Baru Bagi Orang Islam. Dari dulu mak bapak kita dah ajar, cara dan adab nak buat sesuatu. Contohnya, nak pindah rumah baru, nak masuk hutan, lalu kawasan baru, nak masuk rumah, nak makan di kedai yang baru pertama kali dan banyak lagi. Yang pasti, sebagai umat islam mulakan sesuatu yang baru nak dimulakan dengan "Bismillahirrohmanirrahiim.." dan disudahi dengan "Alhamdulillah..". Itulah asasnya. 

Dalan entri kali ini, mari kita tengok pulak cara nak pindah masuk ke rumah baru secara khususnya, apa yang boleh dilakukan, apa yang tak boleh dan sebagainya.

Pindah masuk rumah baru perlukan kita melakukan beberapa tata cara tak rasmi sebagai tanda kita bersedia mewujudkan suasana kekeluargaan yang harmoni, dalam rahmat Allah dan kasih sayang sesama seisi rumah.

Gambar hiasan

Amalan Cara Pindah Rumah Baru Bagi Orang Islam


Samada rumah sewa yang dah lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga perkongsian ini memberi manfaat.

1. Melaungkan Azan 


Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/ rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. 

2. Membaca surah Al-Baqarah 


Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru. . 

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran 




Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi) . 

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 


Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali. 

5. Pagar Rumah Secara Islam 


Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. 

Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah. 

Ikut panduan berikut pagar rumah secara islam: 

1. Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). 

2. Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. 

3. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam...

Ada juga pendapat lain sebagaimana diutarakan oleh Ustaz Azhar Idrus iaitu cara dan adab nak masuk rumah baru sama dengan nak masuk rumah lama. Antaranya:

1. Berdoa
2. Melakukan solat hajat
3. Memberi salam
4. Membaca Bismillah
5. Membaca al Quran
6. Membuat kenduri kesyukuran


Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca blog ini.

Sumber :
Facebook
Ariffhusin

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close