Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Beli No Pin UPU Di BSN - Kategori Permohonan Bagi Lepasan STPM/ Setaraf

Beli No Unik Pin UPU Di BSN - Kategori Permohonan Bagi Lepasan STPM/ Setaraf. Ramai yang keliru cara nak beli No PIN Unik UPU di BSN terutamanya bagi mereka yang lepasan Matrikulasi, Diploma dan sebagainya. Kerana dalam memohon No Unik UPU itu hanya tertera dua pilihan sahaja iaitu lepasan SPM atau STPM/  setaraf. So, ramai yang tak pasti apa yang dimaksudkan dengan setaraf itu..

Anda jatuh dalam kategori mana? Tak tahu? 

Jika anda lepasan Matrikulasi atau diploma, anda jatuh dalam kategori permohonan lepasan STPM/ setaraf ya..

Baca penjelasan di bawah...

Beli No Pin UPU Di BSN - Kategori Permohonan Bagi Lepasan STPM/ Setaraf
Pic sumber Google

Untuk info, Permohonan UPU 2019 secara online dibuka pada 25 Februari 2019. Sebelum dapat mengakses borang permohonan kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti, pemohon perlu membuat pembelian Pin Unik ID UPU di BSN.

Berikut dikongsikan tarikh pembelian No Pin UPU 2019 di BSN. Menerusi makluman Facebook Kemasukan BPKP JPT iaitu FB rasmi UPU, tarikh pembelian Pin Unik UPU adalah bermula dari 25 Februari sehingga 1 April 2019.


Beli No Pin UPU Di BSN - Kategori Permohonan Bagi Lepasan STPM/ Setaraf 



Kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:

STPM (Kategori A, S) 


Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:

Kategori A • Aliran Sastera.
Kategori S • Aliran Sains.


Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)

Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:

Kategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.

Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.

Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.

Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).

Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

Lepasan Diploma/Setaraf 


(Kategori G, E, F)

Kategori G • DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :

DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
DIPLOMA POLITEKNIK
Kategori E • DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :

DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN
Kategori F • KELAYAKAN SETARAF :


A LEVEL

INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
AUSMAT/ SAM / ADFP
FOUNDATION IPTSLepasan STAM (Kategori T)

Kategori T • Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja.


Nota:

• Pemohon yang mempunyai taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.
• Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close