Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Bersedekah Semua Harta Tanpa Tersisa

Bersedekah Semua Harta Tanpa Tersisa. Sedekah itu pembuka rezeki. Sedekah juga penyembuh sakit. Sewaktu kita buntu, bersedekahlah sebagai jalan penyelesaian. Insyaa Allah, ada jalannya yang Allah ilhamkan dari sudut yang tak disangka-sangka.

Sebenarnya semudah-mudah sedekah adalah sedekah al Fatihah kepada ibu bapa dan umat islam di seluruh dunia dan juga sedekah kepada binatang terutamanya kucing. Cukup kita kongsi apa yang kita makan dengan makhluk Allah ni, ia menimbulkan satu keinsafan kepada kita untuk ikhlas dalam memberi.


Bersedekah Semua Harta Tanpa Tersisa


Bersedekah jangan sampai tersisa, tapi seimbangkan dari sudut duniawi dan akhirat. Berusaha keras untuk persediaan sedekah kita untuk bekalan dunia dan akhirat.

Bersedekah Semua Harta Tanpa Tersisa

"Bijaklah dalam mengimbangi kehidupan ini untuk kesejahteraan dan kebahagiaan. Bukan semata-mata di dunia, atau bukan semata-mata di akhirat, tetapi hendaklah pada kedua-duanya." - Mufti Wilayah Persekutuan

Sahabat Nabi SAW bernama Sa'id yang sedang sakit ingin mewakafkan seluruh hartanya sedangkan mempunyai anak. Maka Nabi SAW hanya membenarkan dia mewakafkan 1/3 daripada hartanya supaya waris yang ditinggalkan dalam keadaan kaya tanpa meminta-minta.

Bersedekah semua harta tanpa tersisa


Sebelum mengambil keputusan untuk bersedekah semua harta tanpa tersisa.. fahamilah bahawa:

1. Memahami bahawa kehidupan di dunia memerlukan sejumlah harta dalam menguruskan diri sendiri dan juga keluarga

2. Seseornang dianggap tidak bijak apabila menderma semua hartanya sehingga akhirnya dia meminta-minta kepada orang lain.

3. Jangan menyusahkan orang lain dan yang lebih baik adalah menolong seseorang

4. Bersedekah merupakan amalan yang mulia

Jadi, boleh bersedekah.. tetapi jangan sampai menimbulkan fitnah dan mudarat kepada orang yang berada dalam tanggungan anda.

Semoga bermanfaat.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close