Jom Eat Clean Untuk Diet & Tubuh Yang Sihat. Eat clean atau makanan sihat amat digalakkan jika kita bercadang mahu mengawal berat badan yang berlebihan. Kita tak perlu buang terus menu pemakanan kita tapi sebaliknya menyediakan jadual makanan yang nak diambil itu dalam keadaan bersih. Maksudnya, bersih dari kandungan yang kurang sihat seperti garam berlebihan, manisan, lemak, berkolesterol, makanan ringan yang tak berfaedah dan banyak lagi. Itu namanya "eat clean". Bukan kita langsung tak nak ambil makanan.
Kalau langsung tak makan itu bermakna anda telah mengamalkan satu cara diet yang salah. Dapatkan panduan dari penasihat yang bertauliah sebelum memulakan diet.
Sama-sama kita saling membantu rakan kita, jika mereka kurang pasti apa yang perlu diambil ketika nak memulakan dietnya.
Itu antara cadangan pengambilan makanan sihat atau "eat clean" agar ia memberikan manfaat kepada tubuh badan kita.
Tubuh kita perlukan rehat. Kita pula perlukan tenaga untuk melakukan kerja seharian. Jadi, jangan langsung tidak makan ketika diet sebaliknya ambil makanan yang menyihatkan secara kerap.
Bila kita mendapat ilmu yang betul untuk jaga kesihatan, insyaa Allah semua usaha akan mendatangkan kebaikan samada untuk diri sendiri dan juga orang sekeliling.

Jom Eat Clean Untuk Diet & Tubuh Yang Sihat
Untuk jadual "eat clean" di atas, saya dapatkan dari IG info.mudah_kurus.sihat.
Oleh kerana jadual tersebut nampak ringkas tetapi bermanfaat, maka saya kongsikan di blog untuk rujukan diri sendiri. Jika saya rasa nak mula diet dan "eat clean", saya akan pastikan mengikuti apa yang tertera dalam gambar berjadual di atas. Seronok kan? Mari kita sama-sama mula amalkan "makan bersih" yang bermaksud makanan yang diambil bersih dari lemak, kolesterol, rendah kalori, kurang manis dan sebagainya.
Daripada gambar di atas, jadual waktu adalah seperti berikut;
✔ 7.30 pagi ~ setelah senaman = minum air yang cukup
✔ 10.30 pagi ~ ambil snek yang sesuai seperti kekacang dan buah-buahan
✔ 12.30 tengahari ~ makan tengahari ambil sajian seperti spaghetti dan sup bebola daging
✔ 4.00 petang ~ makan snek seperti telur rebus, buah-buahan dan kekacang
✔ 7.00 malam ~ dinner, lebih sayur, daging panggang dan masakan rebus-rebus
✔ 7.30 malam~ ambil buah-buahan sebagai snek malam
✔ 4.00 petang ~ makan snek seperti telur rebus, buah-buahan dan kekacang
✔ 7.00 malam ~ dinner, lebih sayur, daging panggang dan masakan rebus-rebus
✔ 7.30 malam~ ambil buah-buahan sebagai snek malam
Itu antara cadangan pengambilan makanan sihat atau "eat clean" agar ia memberikan manfaat kepada tubuh badan kita.
Tubuh kita perlukan rehat. Kita pula perlukan tenaga untuk melakukan kerja seharian. Jadi, jangan langsung tidak makan ketika diet sebaliknya ambil makanan yang menyihatkan secara kerap.
Bila kita mendapat ilmu yang betul untuk jaga kesihatan, insyaa Allah semua usaha akan mendatangkan kebaikan samada untuk diri sendiri dan juga orang sekeliling.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.