Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ketika Engkau Berusaha Mengejar Allah..

Ketika Engkau Berusaha Mengejar Allah.. | Ketika kau berusaha, mengejar redha Allah, meninggalkan segala laranganNya.. sebenarnya kau sedang memburu bahagia. Tiada bahagia sejati akan hadir tanpa kasihNya. Tiada ketenangan hakiki akan diperolehi, selain atas ehsan dan kasihNya jua.


Sebagai seorang hamba yang telah berjanji sejak dari luf Mahfuz lagi untuk menjadi hambaNya yang soleh dan mengerjakan suruhanNya.. maka sewajarnyalah kita sama-sama kembali kepada fitrah kejadian kita.

Usah kau jemput murka Allah, kerana bila Dia berkata dan berkehendakkan sesuatu itu berlaku.. tak ada tempat di atas muka bumi ini boleh kau bersembunyi. Terimalah pembalasan dariNya atas segala kerosakan yang dah lakukan.


Ketika Engkau Berusaha Mengejar Allah..


Ketika kau mengejar redha Allah, sebenarnya kau sedang memburu bahagia. Bila kau berada dalam perhatian TuhanMu, kau tak perlu gusar akan disakiti. Kerana Allah sentiasa ada disisi.

Percayalah!! Ketika kau berhenti mengejar apa yang bukan milikmu, maka Tuhan akan mempertemukanmu dengan apa yang terbaik untukmu.

Ketika Engkau Berusaha Mengejar Allah..

Ada dengar kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha? Ketika Zulaikha mengejar cinta Yusuf, Yusuf menjauhinya. Tapi saat Zulaikha mengejar cinta Allah, maka Allah datangkan Yusuf untuknya.

Itulah sebabnya, kita kena ambil natijah daripada tindakan Zulaika yang berpaling kepada Allah bila dah tak mampu lagi mencapai hasratnya. Kerana Zulaika yakin, hanya cinta Allah saja yang akan mengembalikan cinta manusia kepadanya.

Ketika Engkau Berusaha Mengejar Allah..

Sebesar apa pun kamu berusaha mencari, sebesar apa pun kamu berusaha menemukan, meskipun kau kata alam semesta merestui.. ingatlah, yang menentukan itu tetap Tuhan yang Maha Adil Perancangannya.
Ketika Engkau Berusaha Mengejar Allah..
Semoga kita semua berlumba-lumba mengejar cinta yang hak kita iaitu cinta Allah. Dah tentu Dia tak pernah meninggalkan kita walau sedetik nafas berhembus.

Semoga kita semua menjadi hambaNya yang semakin baik setiap hari.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close