Makan Malam Di Restoran Nasi Arab. Malam Ahad semalam kami dinner di sebuah restoran nasi arab yang agak terkenal di Taman U, Johor. Memang tak pernah pergi tapi selalu ada baca promo mereka di FB. Oleh kerana dah bosan asyik makan seafood dan western style, sekarang kita cuba pula nasi arab. Entah sedap entahkan tidak.. hehe
Apa yang anda baca nanti adalah pendapat kami sendiri. So, ia adalah bersifat subjektif.
Namun yang pasti, pinggannya agak besar.. lauk kambingnya pun banyak. Berbaloi dengan harganya.
Gambar di atas adalah hidangan saya punya. Macam nasi hujan panas pulak kan? Namanya Kabsa Lamb. Rasanya.. hmm.. biasa je, macam kurang rempah. Daging pun memang lembut dan peroi.. tapi tak kena dengan tekak. Hehe, sebab saya bayangkan rempah ratus untuk lauknya mestilah macam rempah beryani ke.. haha, padahal ni memang asli arab. Mana nak sama dengan tekak melayu, kan?
Gambar jauh sikit tu hidangan En Suami. Lauk tenggelam kat dalam nasi. Kata pelayan tadi, nasi ni sepatutnya lebih pedas kerana lebih rempah. Tapi bila dirasa, macam sama je dengan nasi saya, tak ada beza.. haha
Haa.. hidangan di bawah ni anak saya punya. Namanya Maqloba Lamb. Dalam nasi ada hirisan kentang. Masin sikit.. tapi okaylah. Ada hiasan terung bakar di atasnya. Sup untuk ketiga-tiga nasi adalah sama. Sedikit tawar dan macam tak ada rasa pun. Pedas pun tidak..
Makan Malam Di Restoran Nasi Arab
Nama restoran adalah al Hayfa Arabic Restaurant. Ketika kami sampai kelihatan pelanggan agak ramai dengan kawasan parking kereta agak sesak. Menunggu sebentar hinggalah ada sebuah kereta nak beredar. Alhamdulillah.. dapat parking.
Tempat duduk pun agak penuh juga. Terpaksalah ambil di tempat berdekatan pintu masuk. Tak lama kemudian, pelayan datang. Kami order nasi arab yang dicadangkan memandangkan kami tak pernah makan di sini, jadi tak tahu menu mana yang sedap.
Setelah menunggu lebih 1/2 jam, hidangan pun sampai. Jom layan gambar hidangan makan malam kami...
Gambar di atas adalah hidangan saya punya. Macam nasi hujan panas pulak kan? Namanya Kabsa Lamb. Rasanya.. hmm.. biasa je, macam kurang rempah. Daging pun memang lembut dan peroi.. tapi tak kena dengan tekak. Hehe, sebab saya bayangkan rempah ratus untuk lauknya mestilah macam rempah beryani ke.. haha, padahal ni memang asli arab. Mana nak sama dengan tekak melayu, kan?
Gambar jauh sikit tu hidangan En Suami. Lauk tenggelam kat dalam nasi. Kata pelayan tadi, nasi ni sepatutnya lebih pedas kerana lebih rempah. Tapi bila dirasa, macam sama je dengan nasi saya, tak ada beza.. haha
Haa.. hidangan di bawah ni anak saya punya. Namanya Maqloba Lamb. Dalam nasi ada hirisan kentang. Masin sikit.. tapi okaylah. Ada hiasan terung bakar di atasnya. Sup untuk ketiga-tiga nasi adalah sama. Sedikit tawar dan macam tak ada rasa pun. Pedas pun tidak..
So, bagi kami hidangan di restoran nasi arab Al Hayfa adalah biasa-biasa saja. Tidak boleh tandingi Nasi dari Kambing 40 Hari, yang dekat Ayer Hitam tu..
Inilah pengalaman kami sekeluarga makan nasi arab. Bagi orang lain mungkin kena dengan tekak, tapi bagi kami cukuplah sekali pergi demi nak rasai sendiri nasi arab di sini.
Terima kasih kerana membaca.
0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.