Motivasi memaafkan mampu menjaga hati. Menjaga hati sendiri. Dengan memaafkan kita mudah melangkah, tak rasa terbeban di sana sini. Jika kita tak memaafkan kita juga yang susah. Betul tak? Sebab di akhirat nanti urusan kita pun tak akan mudah, jadi tersekat sebab asbab tak maafkan orang ketika di dunia. Biar orang lain buat kat kita, biar dia yang kumpul kesalahan itu dengan Allah. Allah Maha adil atas pembalasannya. Betul tak? Yakinlah dengan balasan Allah. Yang baik dibalas baik. .
Memaafkan itu damai. Memaafkan itu satu tindakan positif. Dan memaafkan, menjadikan anda mengangkat maruah diri sendiri. Bila kita kekal dalam dendam dan amarah, satu apa pun kita tak dapat capai dalam hidup. Kalau ada pun, ia tak indah kerana anda buat kerana nak balas dendam. Tapi jika dah memaafkan, kita bergerak ke sana sini pun dalam ketenangan. Melakukan sesuatu kerana menuntut keredhaan Allah saja. Itu cukup!

Motivasi - Memaafkan Mampu Menjaga Hatimu
Bila kita memaafkan kita akan rasa tenang dan damai. Samada sahabat kita, saudara mara kita atau orang paling rapat dengan kita itu memaafkan kita.. itu urusan dia dengan Allah. Allah dah ajar untuk kita mempermudah urusan dan bukan menyusahkan diri sendiri.
Memaafkan memang tak akan mengembalikan keadaan tetapi ia menjaga hatimu agar selalu bersih dalam kedamaian.
Kalau kita maafkan bukan bermakna kita lupa. Kita tak lupa. Kenapa kita tak lupa? Sebab supaya ia kekal jadi pengajaran kepada kita terhadap sesuatu yang berlaku.
Bila orang lain buat benda serupa kepada kita, kita just forgive them.
Memaafkan orang lain akan menjimatkan masa kita. Kita tak tersekat di sesuatu aras selama-lamanya. Bila kita memaafkan, kita pun just move on dan terus membina persekitaran positif yang baru. Bukankah itu baik pada diri anda??
Maka, maafkanlah. Hidup seterusnya akan damai.

0 Comments
Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.