Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Dan Cara Bungkus Nasi Goreng Pattaya

Resepi Nasi Goreng Pattaya. Buat nasi goreng memang mudah. Dari nasi goreng cina sampailah nasi goreng seafood, semua dari kita pun pandai masak. Cuma kali ini izinkan saya share resepi nasi goreng pattaya kegemaran ahli keluarga saya. Saya pernah cuba buat di rumah. Nampaknya tak sia-sia saya mencuba banyak kali terbalikkan nasi dalam kuali. Rupanya mudah saja.. haha, (rujuk di bawah untuk caranya).

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Resepi Nasi Goreng Pattaya


Bahan-bahan:

2 cawan nasi sejuk (Diperoi)
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
(Bawang putih ditumbuk bersama dengan lada hitam)
2 biji telur
100 g kubis (Dihiris)
100 g kacang panjang (Dipotong pendek)
½ batang lobak merah (Dipotong dadu)
1 biji cili merah (Dihiris)
100 g udang
1 pokok daun bawang (Dipotong pendek)
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.

2. Masukkan telur dan biarkan sebentar. Apabila nampak telur sudah separuh masak, kacau supaya  hancur sedikit.

3. Masukkan kubis, kacang panjang, lobak merah, cili merah, dan  udang. Kacau rata.

4. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata. Tutup api. Masukkan daun bawang dan kacau. Angkat dan masukkan nasi ke dalam mangkuk kecil. 


Langkah - langkah membungkus nasi goreng pattaya: 


Bahan-bahan buat telur nipis:

2 biji telur A
1 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh garam halus
1 camca besar minyak masak

Caranya:

1. Pecahkan telur, bubuh lada sulah dan garam. Pukul.

2. Panaskan minyak dalam kuali besar dan masukkan telur tadi dan lenggangkan sehingga menjadi bulatan yang nipis. padamkan api.

3. Jangan diangkat, biar di dalam kuali.Masukkan nasi goreng ke dalam telur itu.

4. Lipatkan keliling nasi tadi dengan lebihan telur di kelilingnya seperti dalam gambar.

5. Selepas itu, tangkupkan pinggan makan di atas bungkusan telur tadi.langkah seterusnya, letakkan tapak tangan kanan di atas pinggan, dan tangan kiri memegang telinga kuali.Terbalikkan kuali yang berisi pinggan seperti di bawah.

6. Siap sudah nasi goreng pattaya anda.

Nasi goreng pattaya anda terbungkus cantik, nak makan pun berselera. Padahal nak masuk perut pun.. kan?

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. This is my first time i visit here and I found so many interesting stuff in your blog especially it's discussion, thank you. Bangkok to Pattaya

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

close